Share This Post

Analisa Teknikal Mingguan / AUD/USD / EUR/USD / GBP/JPY / GBP/USD / USD/JPY

Analisis Teknikal Mingguan 25 September – 29 September 2017

EUR/USD – Analisis Mingguan 25 September – 29 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, harga EUR/USD masih berada di sekitar harga antara Key Resistance dan Support terhampir iaitu 1.2064 – 1.1864 dan pergerakannya dilihat agak sideways pada minggu lalu. Dan secara teknikal, momentum wave masih berpotensi untuk membuat kenaikan dan membentuk new HH ketika ini selagi ia tidak breakout Key Support mingguan.

Jadi minggu lalu, harga sekitar 1.1864 – 1.1680 adalah potensi untuk ia membentuk signal buy/‘long’ yang boleh diperhatikan sebelum meneruskan kenaikan. Target kenaikan adalah di sekitar 1.2150 atau ke 1.2250 jika harga EUR/USD berjaya untuk breakout Key Resistance 1.2064/50. Walaubagaimanapun, jika EUR/USD breakout Key Support, potensi adalah tinggi untuk ia bearish retrace ke harga yang lebih rendah lagi 1.1560 atau ke 1.1440.

Oleh itu, Support mingguan 1.1864/50 ini adalah penting untuk diperhatikan ketika ini samaada ia akan dibreakout untuk bearish retrace ataupun sebaliknya.

GBP/USD – Analisis Mingguan 25 September – 29 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Secara teknikal, trend jelas menunjukkan pergerakan GBP/USD masih bullish(HL,HH,HL,HH) dan minggu lalu ia masih tidak berjaya untuk breakout Key Resistance yang berada pada harga 1.3600 untuk terus membentuk new HH tetapi ia sideways sekitar range 150 pips.

Jadi, peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini masih menunggu untuk ia melakukan retracement/pullback bearish bagi membentuk new HL sebelum bullish. Harga 1.3400 – 1.3250 adalah potensi harga untuk ia bearish sekiranya tidak breakout Key Resistance 1.3600.

Dan target jika breakout Key Resistance dan bullish masih dikekalkan pada harga sekitar 1.3700/50 atau ke 1.3850. Oleh itu, secara keseluruhannya selagi ia tidak breakout Key Support 1.3250, mood masih dikuasai mood bullish ketika ini.

AUD/USD – Analisis Mingguan 25 September – 29 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pada minggu lalu, harga AUD/USD masih gagal untuk breakout Key Resistance dan mulai bearish semula selepas pengumuman FOMC tempoh hari ini. Dan secara teknikalnya, mood masih dikuasai uptrend ketika ini dan sebarang penurunan adalah retracement selagi ia tidak breakout Key Support.

Peluang yang boleh diperhatikan pada minggu ini adalah ‘long’ dan support-support terhampir 0.7880 atau ke 0.7820-0.7730 adalah harga yang berpotensi untuk dicapai sebelum ia bullish. Jadi jika ia breakout Key Resistance pada minggu ini, target yang berpotensi dicapai adalah ke sekitar harga 0.8120 atau ke 0.8200.

Kesimpulannya, selagi AUD/USD tidak breakout Key Support minggu ini, mood masih kuat ke arah bullish ketika ini.

USD/JPY– Analisis Mingguan 25 September – 29 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Jika diperhatikan, USD/JPY minggu lalu gagal untuk breakout support terhampir 110.60 dan meneruskan penguasaan momentum bullish seperti jangkaan dan kenaikan mencecah lebih kurang 150 pips.

Jadi pada minggu ini, USD/JPY dilihat berpotensi untuk terus bullish dan penurunannya ketika ini adalah retracement dan boleh perhatikan peluang-peluang di sekitar support-support terhampir yang berpotensi untuk membentuk new HL. Target kenaikan adalah ke sekitar harga 113.30 atau ke 114.15 dan jika breakout Key Resistance ini, ia berpotensi untuk mencapai 115.30.

Jadi selagi ia tidak breakout Key Support mingguan 107.30/50, secara keseluruhannya momentum masih kuat ke arah bullish ketika ini.

GBP/JPY– Analisis Mingguan 25 September – 29 September 2017 – Rujukan Chart TF Daily

Pasaran harga bagi GBP/JPY minggu lalu berjaya untuk breakout Key Resistance bagi meneruskan lagi kenaikan. Dan secara teknikal, momentum wave masih kuat ke arah bullish dan peluang yang boleh diperhatikan minggu ini adalah untuk ia melakukan retracement bagi membentuk new HL.

Team Analisa berpendapat, GBP/JPY masih ada potensi untuk melakukan penurunan pullback dan harga di sekitar 150.00 – 148.00 perlu diperhatikan samaada ia terbentuk ‘Candlestick Reversal Signal’ untuk ‘long’.

Walaubagaimanapun, jika breakout 153.00, GBP/JPY akan terus bullish dan target yang berpotensi dicapai adalah 154.00/50 pada minggu ini.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!