Analisis Teknikal NZDUSD – Timeframe H1 – 10/8/2018

0 409

Matawang NZD terus didagangkan lemah berikutan kenyataan Reserve Bank of New Zealand yang dovish. Ekoran daripada pasaran yang risk-off berikutan tindak balas dari China terhadap barangan Amerika syarikat menekankan lagi matawang NZD buat masa sekarang.

Tambahan, data indeks pembuatan di New Zealand pada pagi ini turut dicatatkan rendah iaitu 51.2 daripada 52.7 sebelumnya.

Secara teknikal, NZDUSD dilihat membuat penurunan yang agak ketara semalam dalam julat harga 0.67441-0.66069. Harga bergerak lemah pada awal sesi pasaran Asia pagi ini serta membuat sedikit kenaikan sebelum turun semula pada lewat sesi dan menyambung penurunan pada sesi pasaran London sehingga ke paras harga 0.65700.

NZDUSD dijangka terus lemah ekoran data tumpuan indeks harga pengguna untuk USD pada malam ini.

Paras support: 0.65612, 0.65155, 0.64240.
Paras resistance: 0.66984, 0.67899, 0.68356.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa