Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 12/9/2018

0 315

Pada chart USD/CAD, pergerakan harga sejak minggu lalu dilihat beberapa kali mencuba untuk menguji paras zon major resistance 1.32000 namun harga dilihat masih belum mampu menembusi (breakout) paras tersebut. Pada khamis lalu, harga kembali membuat penurunan ke paras support 1.31100 setelah gagal menembusi paras zon resistance 1.32000 dan begitu juga pergerakan harga pada Isnin lalu. Semalam, harga kembali membuat penurunan dan akhirnya telah breakout paras support 1.31100 setelah pengukuhan nilai matawang CAD ekoran perkembangan perjanjian NAFTA yang positif.

Harga dijangka akan meneruskan penurunan ke arah support 1.3011 (MagicS1) yang juga berdekatan dengan satu zon RBS (resistance become support) di 1.29950. Jika harga terus turun lebih rendah, jangkaan paras yang akan dicapai adalah pada support 1.2959 (MagicS2) sebelum menguji paras 1.2878 (MagicS3) yang juga merupakan zon major support di paras tersebut.

Sebaliknya, jika USD terus mengukuh dan melonjakkan harga lebih tinggi, harga dijangka akan menguji terlebih dahulu paras resistance 1.3145 (MagicR1) sebelum menuju ke paras resistance seterusnya di paras 1.3226 (MagicR2) di mana terdapat satu zon major resistance di 1.32000 sebelum ini yang tidak berjaya ditembusi (breakout). Jika harga meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi, jangkaan paras yang berkemungkinan dicapai adalah pada paras 1.3278 (MagicR3).

Ikuti perkembangan perjanjian NAFTA dan berita-berita ekonomi yang mempengaruhi pergerakan bagi pasangan matawang USD/CAD ini. Lihat pada paras-paras tumpuan pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu menyokong analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.3011, 1.2959, 1.2878.

Paras resistance: 1.3145, 1.3226, 1.3278.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa