Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 13/9/2018

0 232

Sebelum ini, pergerakan harga pada chart USD/CAD telah menurun ke paras RBS (resistance become support) di 1.30750 berikutan rundingan NAFTA yang melibatkan Kanada dan Amerika Syarikat yang positif. Kemudian harga dilihat bergerak di sekitar paras RBS 1.30750 semalam sebelum CAD terus mengukuh dan menekan harga lebih rendah ekoran inventori minyak mentah (crude oil) di AS jatuh sekaligus membuatkan harga minyak kembali melonjak. Harga dilihat terus menuju ke paras support MagicS1 semalam. Harga kemudian bergerak perlahan sehinggalah ke pasaran sesi Asia hari ini di mana harga telah menyentuh Magic Pivot 1.30146 hari ini dan harga semasa berada di paras 1.30050 setakat jam 4.28 petang.

Jika harga meneruskan momentum penurunannya, harga dijangka akan menuju ke paras support 1.2954 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support 1.2918 (MagicS2). Di situ juga terdapat satu zon major support di 1.29000 di mana paras tersebut gagal ditembusi (breakout) harga setelah beberapa kali diuji sebelum ini.

Namun, sebaliknya jika harga membuat lonjakan semula, paras yang dilihat akan menjadi tumpuan harga adalah pada zon SBR 1.30750 di mana harga perlu melalui paras resistance 1.3052 (MagicR1) terlebih dahulu. Seterusnya, jika harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan kenaikan harga diteruskan ke paras resistance 1.3113 (MagicR2) dan seterusnya ke paras resistance 1.3150 (MagicR3).

Ikuti perkembangan rundingan NAFTA dan harga minyak dalam pasaran yang mempengaruhi matawang CAD dan juga pergerakan pada chart USD/CAD ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai panduan tambahan dalam posisi trading anda.

 

Paras support: 1.2954, 1.2918, 1.2856.

Paras resistance: 1.3052, 1.3113, 1.3150.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa