Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 14/9/2018

0 322

Pergerakan harga bagi pasangan matawang USD/CAD sejak semalam dilihat agak mendatar dan dimana harga bergerak di bawah paras Magic Pivot semalam dan turun ke paras 1.29800 sebelum kembali semula ke paras Magic Pivot. Pergerakan harga dilihat sekadar julat kurang 40 pips sejak semalam dan pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat masih didagangkan lemah dan bergerak rendah dari paras Magic Pivot 1.29975.

Jika harga membuat sedikit kenaikan, harga dijangka akan menuju ke paras resistance 1.3022 (MagicR1) dan juga paras resistance 1.3048 (MagicR2) sebelum pasaran akan melihat harga menguji paras resistance 1.30700 di mana di situ juga adalah paras resistance MagicR3 pada indicator Moshed Magic Line iaitu di paras 1.3071.

Sebaliknya, jika penurunan harga di buat oleh pasangan matawang USD/CAD ini, harga dijangka akan turun ke paras support 1.2972 (MagicS1) dan seterusnya ke paras support terdekat pada support 1.2949 (MagicS2). Paras support seterusnya yang juga diilihat berpotensi dicapai jika harga terus didagangkan lemah adalah pada paras support 1.2922 (MagicS3) yang mana paras tersebut juga berdekatakan dengan satu zon major support iaitu di 1.29000.

Masih belum ada berita-berita ekonomi dan isu semasa yang mempengaruhi pasangan matawang USD/CAD ini. Terus mengikuti perkembangan NAFTA dan pasaran minyak mentah dunia bagi memantau pergerakan harga pada chart USD/CAD. Lihat paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line bagi membantu analisis teknikal anda.

 

Paras support: 1.2972, 1.2949, 1.2922.

Paras resistance: 1.3022, 1.3048, 1.3071.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa