Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 8/10/2018

0 216

Matawang CAD masih dilihat lemah dalam pasaran setelah terkesan daripada kemerosotan pasaran minyak mentah pada minggu lalu. Pergerakan volatile sehingga 60 pips ketika data pekerjaan NFP dan data pekerjaan di Kanada dikeluarkan pada Jumaat lalu melihatkan harga bergerak di antara paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 sebelum harga menutup harga di sekitar paras resistance tersebut.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan lebih tinggi dari paras Magic Pivot 1.2928 hari ini dan dilihat meneruskan kenaikan sehingga melepasi paras resistance 1.2967 (MagicR1). Harga semasa dilihat berada pada paras 1.29877 setakat jam 2.43 petang di mana harga hampir menuju ke paras resistance 1.2995 (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line. Jika harga meneruskan kenaikan, jangkaan harga boleh mencapai paras resistance yang berada pada 1.3035 (MagicR3).

Namun, sekiranya harga mengalami kejatuhan sehingga ke paras lebih rendah dari Magic Pivot 1.2927, harga dilihat akan menguji paras support 1.2899 (MagicS1) yang berada pada zon tumpuan harga sebelum ini. Penurunan harga seterusnya akan dijangka ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 1.2859 (MagicS2). Dan jika harga masih menyambung penurunan yang dibuat, harga dilihat akan menuju ke paras support 1.2831 (MagicS3) dan menguji paras tumpuan harga pada paras 1.28150.

Pantau perkembangan pasaran minyak mentah global dan juga isu-isu semasa yang melibatkan matawang Loonie. Gunakan indicator Moshed Magic Line sebagai tambahan dalam analisis teknikal harian anda bagi mendapatkan posisi trading yang terbaik setiap hari.

 

Paras support: 1.2899, 1.2859, 1.2831.

Paras resistance: 1.2967, 1.2995, 1.3035.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa