Analisis Teknikal USD/CAD- Timeframe H1 – 8/11/2018

0 119

Faktor utama yang mempengaruhi perubahan nilai pada matawang dollar CAD dalam pasaran semasa adalah pasaran minyak mentah global. Matawang Loonie yang didagangkan berisiko berikutan kejatuhan harga minyak sebelum ini dan data inventori minyak mentah Amerika Syarikat juga menunjukkan angka yang meningkat. Namun, pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD menunjukkan sedikit penurunan di atas faktor nilai matawang USD yang terjejas dengan ketidaktentuan politik selepas keputusan pilihanraya diumumkan semalam. Secara teknikal, harga yang menguji paras resistance MagicR1 pada awal sesi pasaran Asia semalam kemudiannya telah membuat penurunan melepasi paras Magic Pivot sehingga menguji paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line sebelum membuat kenaikan dan menutup harga pada sesi pasaran New York sekitar paras Magic Pivot semula.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga didagangkan perlahan sekitar paras Magic Pivot 1.3108 hari ini dan harga dilihat cuba membuat penurunan menguji paras Magic Pivot tersebut bersambung ke sesi pasaran Eropah. Jika harga gagal membuat penurunan ke paras lebih rendah, harga dijangka akan membuat kenaikan semula menuju ke paras resistance 1.3161 (MagicR1) untuk menguji paras ketinggian harga semalam. Kemudiannya, harga yang berjaya meneruskan lagi pendakian dilihat akan mencari paras ketinggian yang baru berkemungkinan ke paras sekitar 1.3211 (MagicR2). Jika harga masih mengekalkan momentum kenaikan yang dibuat, harga berpotensi untuk mencapai paras ketinggian sehingga ke paras 1.3263 (MagicR3) dan sekaligus mengatasi paras ketinggian yang dicapai harga pada September lalu.

Namun, jika Loonie berjaya mendominasi kembali dan menekan harga lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3108, jangkaan paras awal yang menjadi tumpuan harga adalah pada support 1.3058 (MagicS2). Seterusnya, harga yang berjaya meneruskan penurunan dijangka akan ke paras support 1.3005 (MagicS2) sebelum penurunan harga yang lebih rendah seterusnya bakal mencecah sehingga ke paras 1.2955 (MagicS3).

Beri tumpuan kepada pasaran minyak mentah dunia jika anda ingin memantau perubahan nilai matawang dollar CAD dan juga pergerakan harga pada chart USD/CAD. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai indicator tambahan pada chart USD/CAD bagi mendapatkan analisis teknikal yang lebih berkualiti.

 

Paras support: 1.3058, 1.3005, 1.2955.

Paras resistance: 1.3161, 1.3211, 1.3263.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa