Analisis Teknikal USD/CAD – Timeframe H1 – 9/11/2018

0 215

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang USD/CAD dilihat mendatar sejak awal sesi pasaran Asia bermula dengan kedua-dua matawang dollar CAD dan USD didagangkan lemah. Namun, pada lewat sesi pasaran New York semalam melihatkan harga membuat lonjakan sehingga 90 pips melepasi paras Magic Pivot dan resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line setelah FED mengumumkan kadar faedah dikekalkan pada kadar 2.25% serta bakal ada kenaikan pada Disember nanti. Lonjakan ketara yang dibuat harga turut disebabkan faktor matawang Loonie yang masih terkesan dengan ketidakstabilan pasaran minyak mentah dunia.

Pada sesi pasaran Asia hari ini, harga dilihat membuat penurunan dari paras tertinggi lonjakan harga semalam sehingga menyentuh paras Magic Pivot 1.3142 pada awal sesi sebelum kembali pantul membuat kenaikan semula menjelang sesi dagangan Eropah di mana harga semasa berada pada paras 1.31770 setakat jam 2.38 petang. Harga yang telah berjaya mengatasi paras ketinggian pada Oktober itu dilihat akan meneruskan lagi kenaikan melepasi paras resistance 1.3196 (MagicR1) dan menuju ke paras resistance 1.3238 (MagicR2) dan mengatasi paras ketinggian harga pada September sebelum ini. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan seterusnya harga bakal menguji pula paras ketinggian harga pada Ogos lalu sekitar paras 1.3292 (MagicR3).

Namun, sebaliknya jika Loonie berjaya mengukuh kembali berbanding USD, harga pada chart USD/CAD berkemungkinan mengalami kejatuhan semula dan paras awal yang dilihat akan diuji paras terendah harga semalam sekitar support 1.3100 (MagicS1). Penurunan harga seterusnya dijangka akan menuju ke paras support yang berada lebih rendah iaitu pada 1.3046 (MagicS2) yang juga merupakan paras tumpuan harga sebelum ini. Dan sekiranya harga masih berjaya mengekalkan penurunan ke paras lebih rendah, paras support pada 1.3004 (MagiS3) dilihat bakal menjadi destinasi tujuan harga yang seterusnya.

Terus ikuti perkembangan pasaran minyak mentah global yang memberi kesan kepada matawang dollar CAD sekaligus mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/CAD. Pantau paras-paras yang menjadi tumpuan harga pada chart USD/CAD dengan membandingkan dengan paras harga yang digariskan pada indicator Moshed Magic Line.

 

Paras support: 1.3100, 1.3046, 1.3004.

Paras resistance: 1.3196, 1.3238, 1.3292.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa