Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 14/9/2018

0 261

Sentimen pasaran semasa yang dilihat kembali stabil menyebabkan kejatuhan nilai Yen. Pergerakan pada chart USD/JPY dilihat melonjak setelah matawang JPY melemah dan harga dilihat telah menembusi (breakout) paras zon resistance 111.700-111.800. Berdasarkan indicator Moshed Magic Line, harga semalam telah membuat kenaikan dari paras Magic Pivot terus melepas resistance MagicR1 dan menyentuh paras resistance MagicR2. Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, harga dilihat kembali turun semula ke paras zon resistance 111.800 dimana harga bergerak di sekitar paras harga 111.775 setakat jam 5.34 petang.

Jika harga terus turun lebih rendah melepas zon resistance semalam dan juga Magic Pivot 111.691, paras yang dijangka dituju harga adalah pada support 111.389 (MagicS1). Jika data jualan runcit di AS pada malam ini dicatatkan lemah, harga berkemungkinan untuk turun lebih rendah ke paras support 110.871 (MagicS2) dan seterusnya akan menguji paras support 110.569 (MagicS3) di mana terdapat satu zon resistance sebelum ini yang tidak berjaya ditembusi (breakout) harga.

Namun, jika USD terus mengukuh dan kembali melonjakkan harga semula, paras resistance 112.209 (MagicR1) dijangka akan menjadi tumpuan pasaran. Jika harga breakout paras tersebut, jangkaan harga akan meneruskan kenaikan ke paras resistance 112.511 (MagicR2) sebelum pasaran akan tertumpu pada paras resistance 113.029 (MagicR3) untuk melihat reaksi harga pada paras tersebut. Di paras itu juga dilihat sebagai satu zon major resistance pada 113.00.

Ikuti perkembangan sentimen pasaran global semasa yang banyak mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/JPY ini. Perhatikan juga paras-paras penting pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda membuat keputusan dalam posisi trade setiap hari.

 

Paras support: 111.389, 110.871, 110.569.

Paras resistance: 112.209, 112.511, 113.029.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa