Analisis Teknikal USD/JPY – Timeframe H1 – 9/11/2018

0 234

Matawang Yen turut menerima tekanan daripada pengukuhan USD setelah kadar faedah telah dikekalkan oleh FED. Tiada sebarang faktor besar yang mempengaruhi perubahan nilai untuk matawang Yen di mana Yen masih didagangkan lemah berikutan pasaran semasa yang semakin stabil buat masa ini dan pelabur lebih tertarik terhadap aset berpulangan tinggi. Sementara USD pula kembali mendapat momentum pengukuhannya semula dan mampu melonjakkan harga lebih tinggi pada chart USD/JPY. Dilihat pada pergerakan harga untuk sesi dagangan semalam, harga berjaya mencapai paras ketinggian yang baru melepasi paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line sehingga ke paras tertinggi harga sekitar 114.000.

Pada sesi pasaran Asia hari ini pula, dari paras ketinggian semalam harga membuat sedikit penurunan menuju ke paras Magic Pivot 113.872 hari ini dan menguji paras itu untuk seketika. Jika harga kembali membuat kenaikan harga semula, harga dilihat akan terus mencari paras ketinggian yang baru hari ini mengatasi paras ketinggian harga semalam berkemungkinan ke paras 114.280 (MagicR1). Kenaikan harga seterusnya bakal melihatkan harga menguji paras resistance 114.497 (MagicR2) yang juga merupakan paras tertinggi yang dicapai harga pada September lalu. Dan sekiranya harga berjaya breakout paras tersebut, jangkaan harga akan menuju ke paras resistance pada 114.905 (MagicR3) di mana paras harga ini kali terakhir kali dicapai adalah sejak Mac 2017 yang lalu.

Namun sebaliknya jika harga gagal mengekalkan kenaikan harga, harga berkemungkinan kembali membuat penurunan semula dan jika harga berjaya bergerak lebih rendah dari paras Magic Pivot, harga bakal turun ke paras support yang terdekat iaitu pada 113.655 (MagicS1). Penurunan seterusnya dilihat akan menuju ke paras support pada 113.247 (MagicS2) sebelum sedikit lagi penurunan yang dibuat bakal menyaksikan harga menguji paras low semasa pada chart USD/JPY di sekitar paras 113.030 (MagicS3).

Beri tumpuan terhadap sebarang perubahan dalam sentimen semasa pasaran yang banyak mempengaruhi pergerakan harga pada chart USD/JPY ini. Jadikan indicator Moshed Magic Line sebagai rujukan tambahan pada chart USD/JPY anda untuk mendapatkan analisis teknikal yang terbaik setiap hari.

 

Paras support: 113.655, 113.247, 113.030.

Paras resistance: 114.280, 114.497, 114.905.

 

Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI

 

 

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa