banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Ancaman yang Akan Menyebabkan Harga Emas Kian Lemas

Ancaman yang Akan Menyebabkan Harga Emas Kian Lemas

Harga emas terus mengalami kerugian dari sesi sebelumnya setelah mencatatkan harga terendah dalam tempoh 3 minggu. Angka ini belegar sekitar Dolar Amerika Syarikat yang mencatatkan paras terendah dalam jangka masa 4 bulan.

Emas untuk penghantaran bulan Ogos di bahagian Comex new York Merchantile exchange jatuh ke angka yang rendah iaitu $1,313,10 satu troy ounce.

Pada hari Jumaat, harga menyusut disebabkan jangkaan pembaharuan kenaikan kadar oleh Fed.

telegram-moshed

Logam kuning itu juga susut sebanyak 0.26% minggu lepas, sekali gus mencatat penyusutan minggu kedua berturut-turut.

Bank Pusat Amerika Syarikat diramal tidak akan mengulas lanjut mengenai kadar faedah pada mesyuarat dasar yang dijadual 2 hari itu. Hal ini kerana penggubal dasar akan menunggu sehingga isu Britain keluar dari referendum itu diselesaikan. Namun begitu, peserta pasaran tetap akan meneliti kenyataan dasar Fed untuk sebarang kemungkinan peningkatan kadar interest rate dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Harga emas begitu sentisif terhadap pergerakan kadar Amerika Syarikat. Justeru, peningkatan kadar dilihat sebagai salah satu ancaman kepada harga emas.

US Dollar Index kali terakhir dinilai pada 97.47, yang diransang oleh unjuran dasar monetari antara Fed serta bank-bank pusat yang lain.

Kekuatan Dolar Amerika Syarikat biasanya mempunyai kaitan dengan emas. Jadi, ini membuktikan fungsi logam itu yang dilihat sebagi asset alternatif serta dollar-priced komoditi yang lebih mahal berbanding mata wang lain.

Pelbagai spekulasi seperti bank-bank pusat di Eropah dan Asia akan meningkatkan ransangan monetari bagi mengatasi kesan negatif Brexit dilihat tidak banyak menggugat harga logam kuning tersebut.

Sementara itu, emas juga mencatat hampir 25% peningkatan, disebabkan oleh kebimbangan terhadap pertumbuhan global dan ransangan monetari. Ransangan monetari dilihat memberi manfaat kepada emas sebagai aset penyimpan nilai dan terhindar dari risiko inflasi.

Harga-harga melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh lebih dari dua tahun sebanyak $ 1,377.50 awal bulan Julai. Hal ini berlaku kerana kebimbangan yang menyelubungi pertumbuhan global kesan undian keluar Britain dari Kesatuan Eropah.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register