Share This Post

Tips dan Nasihat

Anda Ada Masa Untuk Trade Forex ?

masa-trade-forex

Sebelum menjebakkan diri dalam bisnes yang mencabar ini, apa kata anda tanya diri anda adakah anda mempunya masa untuk trade forex? Saya beritahu anda awal-awal, mungkin ramai yang terlepas pandang dan menganggap Forex Trading ini hanya seperti side income buat duit dari rumah secara online, tetapi anda perlu percaya apa yang saya katakan iaitu Forex Trading ini adalah bidang professional. Ia perlukan ilmu untuk trade, perlukan masa untuk buat kajian analisis sebelum melakukan trading.

Walaupun open trading order adalah perkara yang boleh dibuat dalam 1 saat, masuk buy atau sell dengan mudah, tekan sahaja butang buy atau sell pada platform anda, anda sudah berjaya memasuki order, tetapi kebanyakan trader professional meluangkan masa sehingga berjam jam lamanya untuk buat kajian tentang politik, ekonomi, cuaca dan apa sahaja faktor yang mempengaruhi matawang yang ingin didagangkan.

telegram-moshed

Saya tidak cakap ia tidak sesuai untuk yang tak ada masa, tetapi pada mula-mula awal penglibatan dalam forex, anda perlulah sangat rajin dan bertindak secara professional. Ingat, forex bukan lah platform untuk anda tikam, berjudi, masuk buy atau sell dan mengharapkan market mengikut arah anda mahukan. Market tidak mengenal anda, tambahan dengan modal yang kita ada berbanding transaksi forex yang mencecah 4 Trillion satu hari, adalah sangat kerdil trading kita ini.

Anda perlu anggap jika anda pada awal-awal anda terlibat dalam forex trading ini, dengan kondisi anda yang mungkin bekerja tetap,anda mungkin terpaksa luangkan masa lapang anda 3-4 jam sehari untuk menganalisis pasaran. Abaikan iklan-iklan yang menganggap anda tak perlu belajar tentang forex, dan boleh masuk dalam bidang ini sambil goyang kaki. Abaikan mentaliti ini. Kalau anda trade guna signal subscription atau robot forex pun, anda still perlu faham tentang asas trading dan kebolehan anda trading manual sangat membantu anda meminimakan risiko anda. Semua iklan-iklan tentang bertapa mudahnya forex tanpa perlu belajar tersebut hanyalah hiperbola untuk mengambil duit anda tanpa bertanggungjawab. Ingat, nak trade forex perlu belajar! Jangan malas jika nak jadi kaya.

Hidup anda akan berubah apabila anda mula trade forex. Saya tak nafikan ini adalah bidang yang sangat exciting, belajar ekonomi, teknikal analisis, analisis pasaran secara fundamental, berita ekonomi, bloomberg, dan macam-macam lagi. Oh jangan lupa, tentang modal, tiada bisnes tanpa modal,saya sudah berikan panduan untuk anda di sini – Modal Trade Forex. Tanpa Modal dan Masa, serta usaha gigih untuk berjaya, mungkin bidang forex ini tidak sesuai untuk anda.

Buat yang sedang teruskan trading forex dan masih belajar, saya ucapkan “Keep Moving Forward, that’s how winning is done”. Satu hari nanti anda akan merasakan kemanisan forex trading ini. Buat yang belum ceburi, anda da masa untuk trade ? sila fikir sekali lagi. Jika ada, welcome to the club! 🙂

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register