728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Anda Fundamental atau Teknikal Trader ?

Anda Fundamental atau Teknikal Trader ?

Forex trader boleh jadi fundamental trader ataupun teknikal trader, atau pun boleh gunakan kedua-dua sekali. Ada yang bertanya saya, bagaimana nak tahu cara mana yang sesuai dan betul ? Sebenarnya di dalam forex ni cara trading fundamental ataupun teknikal tiada betul atau salah. Ia diukur melalui result trading, jika result anda memberangsangkan, jadi anda perlu ikut cara trading tersebut. Pedulikan apa yang orang katakan, as long cara trading anda selamat dan risiko adalah minima.

Kenapa saya suruh pastikan selamat? Kerana pasaran forex ini tidak menentu, ada bulan anda untung dengan banyaknya, ada bulan and rugi. Rugi adalah biasa, untung adalah biasa, tetapi bukanlah anda terus kehabisan fund trading anda kerana Margin Call dan Stop Out. Ada sesetengah kes, rakan trader yang deposit kecil, dari USD100 jadi USD2000 dalam sebulan. Memang power betul, cara tradingnya asyik mengena dengan market bulan itu, tetapi pada bulan hadapan market berubah, USD2,000 tadi lebur. Ini menunjukkan beliau trading tanpa kawalan Money Management (MM) yang betul dan risiko yang tinggi. Trading cara betul ialah anda dapat memastikan anda dapat mengambil hanya beberapa percent daripada investment anda dan ini menunjukkan portfolio trading anda adalah terbaik.Wall Street Trading Malaysia

Fundamental trader ini adalah trader yang trading banyak menggunakan fundamental analisis, analisis dari sentiment pasaran yang didapati daripada berita-berita forex, politik, beserta game changing bagi negara yang melibatkan pair yang beliau trading. Teknikal trader pula ialah trader yang menggunakan teknikal analisis, price line, guna tools dalam platform seperti trendline dan macam-macam jenis tools lagi yang disukat hanya berdasarkan harga semasa pair tanpa menghiraukan berita-berita forex.

Apa sahaja cara anda gunakan, lebih bagus dan terbaik jika anda faham kedua-dua cara trading supaya anda dapat gabungkan untuk memberikan pilihan trading anda lepas analisis nanti.

Ingatan, sentiasa semak financial, ekonomi beserta keadaan market sebelum melakukan trading. Jangan trade tanpa pengetahuan dan tanpa melakukan apa-apa pun kajian baik fundamental ataupun teknikal. Ramai yang tak tahan untuk masuk order, buka sahaja MT4 terus nak masuk buy atau sell, tak sabar-sabar, lepas dah masuk sanggup pula menunggu lama-lama depan skrin mengadap posisi floating. Sepatutnya kita habiskan banyak masa untuk analisis berbanding tunggu lepas masuk order kan ? Ramai yang terbalik caranya, dan ini adalah semua psikologi dan emosi trading yang kita patut elakkan.

Trade forex ni, kadang-kadang kita kena bertindak seperti robot, disiplin tetapi menggunakan kebijakan akal fikiran manusia. – Moshed

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register