Share This Post

Artikel Umum

Anda Mungkin Tidak Percaya Bahawa Rekod Waktu Bekerja Yang Paling Lama Di Dunia Dipegang Oleh Negara Ini!

Anda Mungkin Tidak Percaya Bahawa Rekod Waktu Bekerja Yang Paling Lama Di Dunia Dipegang Oleh Negara Ini!

Menurut kajian Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) pada tahun 2015, Korea Selatan adalah sebuah negara yang mempunyai pekerja paling rajin di dunia. Pekerja-pekerja di negara ini bekerja kira-kira purata 2,163 setahun. Secara purata, pekerja di Jerman bekerja kira-kira 1,388 jam setahun, manakala Amerika Syarikat kira-kira 1,789 jam setahun.

Justeru, Korea Selatan memulakan langkah untuk menggalakkan syarikat-syarikat tempatan menyeimbangkan masa bekerja kerja dan bersama keluarga.

Korea Times melaporkan inisiatif yang diambil oleh kerajaan dan sektor swasta ini bertujuan untuk mengubah amalan yang sudah lama dipraktikkan oleh kebanyakan majikan. Hal ini bagi menjamin persekitaran kerja yang lebih positif.

Kebiasaannya, syarikat di negara ini memerlukan sebab bertulis bagi memohon sebarang cuti. Perkara ini kadang-kala menyusahkan sehingga ada segelintir pekerja sanggup bekerja secara terus tanpa memohon sebarang cuti.

Melalui kempen ini, majikan digalakkan untuk tidak mengganggu pekerjanya di luar waktu pejabat. Program ini juga diadakan bagi menggalakkan majikan mengurangkan tekanan terhadap semua pekerjanya seperti bekerja lebih masa. Selain itu, ia bertujuan untuk memupuk sifat tolak ansur antara majikan sekali gus tidak mencampur-adukkan waktu kerja dengan masa bersama-sama keluarga.

Justeru, kerjasama diantara sektor awam dan swasta penting bagi menjayakan kempen ini.

Anda Perlu Baca Artikel Ini Jika Asyik Loss Yang Menjadi teman Trade Anda!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register