728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Asia / USD/JPY

Anda Perlu Tahu Update Matawang Utama Sesi Asia Ini Segera!

Anda Perlu Tahu Update Matawang Utama Sesi Asia Ini Segera!

Aussie melonjak dalam sesi Asia apabila pasaran menanti perdebatan kedua daripada tiga siri yang dirancang di antara calon utama presiden AS, Donald Trump dan Hillary Clinton.

AUD/USD didagang meningkat 0.20%, sama seperti USD/JPY. Sebaliknya, GBP/USD merosot 0.02% setelah mencatat penurunan yang drastik pada minggu lepas.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

telegram-moshed
USD/JPY, 30 minit

USD/JPY, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

GBP/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, pasaran China dibuka semula selepas bercuti selama seminggu.

Jepun dijadual akan melaporkan akaun semasa bagi bulan Ogos dengan lebihan sebanyak 1.58 trillion yen. Pasaran Jepun, Hong Kong, Taiwan dan Kanada ditutup pada Isnin.

Kemudian, Australia akan melaporkan pinjaman perumahan bagi bulan Ogos dengan menjangkakan kemerosotan sebanyak 1.3%.

Bank Kebangsaan Australia juga akan mengeluarkan indeks keyakinan perniagaan dengan jangkaan sebanyak positif 6.

Pasaran turut akan memberi tumpuan kepada minit mensyuarat FOMC bagi petunjuk baru mengenai kenaikan kadar AS yang seterusnya.

Di samping itu, ucapan dari Janet Yellen juga dianggap penting bagi sebarang petunjuk prospek kenaikan kadar pada Disember.

Di tempat lain, China akan melaporkan data perdagangan dan inflasi bagi petunjuk ekonomi kedua terbesar itu.

Sementara itu, US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 96.52.

Tandakan event-event penting bagi sepanjang minggu ini segera!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register