banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Anda Perlukan Bacaan Ini Jika Loss Menjadi Peneman Trade Anda. #6 Paling Berguna!

Anda Perlukan Bacaan Ini Jika Loss Menjadi Peneman Trade Anda. #6 Paling Berguna!

Jika anda sedang tersangkut dengan keadaan trading yang selalu lost, tengok chart pun dah muak, baca artikel pun dah malas, itu tandanya anda perlukan sesuatu untuk teruskan perjalanan anda sebagai trader.

Sebagai seorang trader, akan tiba satu masa di mana tabiat buruk akan datang dan anda akan tersangkut dengan lost yang berpanjangan. Progres yang baik, hilang sekelip mata. Motivasi sangat lemau dan kadang-kadang rasa nak give up tu depan mata dah.

Ada 6 perkara boleh membantu anda menyelesaikan perkara ini, jika dibaca dan dihadam betul-betul.

telegram-moshed
  1. Trade je lost, trade je lost, BERHENTI trade (untuk sementara)

Ubat yang paling pahit untuk ditelan bagi seorang trader adalah akui kesilapan yang dibuat dan terus belajar daripada kesilapan tersebut.Apabila dalam keadaan trade, lost berpanjangan, anda akan rasa kecewa marah dan mula salahkan market, mula salahkan broker, ini masanya untuk anda berhenti trade buat sementara waktu.

Tambahan lagi jika anda trade menggunakan wang sebenar dan dalam seminggu depo, depo dan depo. Berhenti trade sekarang!Ambil masa tenangkan diri, dan mungkin dengan berehat daripada trade akan memberikan anda masa dan ruang untuk menambahbaik sistem trade.

Ambil masa kenal pasti di manakah kesilapan anda, adakah kegagalan mengawal emosi? Sistem trade anda belum cukup kuat lagi? Dan lain-lagi perkara yang perlu ditambah baik.

  1. Tiada yang ‘comfirm’ dalam trade

Jika anda mahu cepat-cepat tambah baik skil trade anda, cara berfikir juga mestilah seperti seorang pro trader. Pro trader menggunakan kebarangkalian dalam tiap trade mereka, bukan mencari sesuatu yang comfirm.

Ramai trader mencari kepastian dalam trade sedangkan tiada apa yang pasti dalam setiap trade. Sangat mustahil untuk meramal harga bergerak ke mana tapi dengan menggunakan analisa, kebarangkalian pasaran bergerak ke mana akan bertambah.

Sama seperti pergi berperang, mana mungkin seorang komander yakin 100% mereka boleh menang atau akan kalah.Yang membantu mereka adalah strategi yang betul, emosi yang terkawal serta persediaan fizikal dan mental yang betul.

  1. Fahami risiko dan ganjaran

Ramai trader yang sanggup mengambil risiko lost $100 untuk dapatkan $50. Pengurusan risiko sebegini yang akan memakan akaun dan mengecewakan.Dalam trade, pasti akan ada loss. Tapi seorang trader berjaya tahu menguruskan risikonya supaya profit sentiasa melebihi loss.

Dalam 10 trade, jika RRR 1:2, 5 lost 5 profit masih lagi akan melihatkan profit di akhir kiraan. Kenapa? Sebab hanya kerugian 5 dan untung 10.Jadi elakkan daripada masuk trade yang RRR tidak bagus, baik tak trade daripada trade tapi loss besar.

  1. Elakkan full margin atau lot gajah

Uruskan akaun dengan baik walaupun nampak setup yang sangat cantik, elakkan daripada trade full margin atau lot yang besar, kemungkinan MC sangat tinggi.

Apabila MC, emosi sendiri juga yang bakal terganggu dan kebarangkalian untuk berputus asa dalam bidang ini sangat tinggi.

  1. Jauhi over-trade

Over-trade adalah salah satu punca ramai trader penat mengadap chart, parah mengalami loss dan antara yang berbahaya buat seorang trader.

Awal-awal belajar elak over-trade memang susah. 1 hari tak trade, tangan gatal. 2 hari tak trade, rasa nak hempas keyboard, Hari ketiga masuk trade lepas jumpa setup yang sangat baik dan profit pasti lega lepas tu.

  1. Belajar, buat, belajar buat

1 tabiat trader yang kurang baik adalah, pergi kelas, baca buku, masuk coaching tapi bila dah selesai kelas semua, chart tak dibuka, backtest apatah lagi.

Belajar daripada guru yang betul juga menjadi intipati kepada kejayaan. Belajar analisa teknial yang betul, faktor ekonomi yang mempengaruhi dan sebagainya.Pun begitu, paling penting adalah tindakan seterusnya. Belajar dan buat, belajar dan backtest. Ia akan jadi satu pengalaman dan perjalanan yang sangat menyeronokkan.

Dulu belajar di sekolah, fikir nak dapat A saja. Kali ni belajar, terus boleh praktik, malah markah pun kita sendiri boleh tahu dan tengok skil kita bagaimana.

Kesimpulan

Menjadi seorang trader berjaya merupakan satu perjalanan, bukan destinasi. Sama seperti hidup, ia umpama chart. Ada masa kita downtrend, ada masa uptrend. Yang penting adalah sentiasa pastikan support kuat dan cari jalan untuk breakout resistance.

Dan adalah sangat penting menjadi seorang trader minda kelas pertama, trader yang profesional, tidak cepat melenting, mudah sesuaikan diri dengan keadaan dan sentiasa bersikap positif terhadap apa saja yang berlaku.

Teruskan berusaha dan jangan sekali menoleh ke belakang untuk berputus asa.

Jangan kena tipu dengan broker seperti lelaki ini! Klik sini untuk baca

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register