728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi New York

Anda Tidak Akan Digelar Gila Jika Bercakap Seorang Diri Di Dalam Hotel Ini

Anda Tidak Akan Digelar Gila Jika Bercakap Seorang Diri Di Dalam Hotel Ini

Apabila berbicara mengenai hotel, pasti yang terbayang di minda kalian ialah suasana dan keselesaan yang begitu menenangkan.

Pun begitu, keunikan yang ada di Hotel Aloft ini tidak mungkin anda temui di mana-mana hotel lain di dunia!

Menjadi hotel yang berteknologi tinggi yang pertama di dunia, Aloft mula menggamit perhatian pengunjung apabila bilik-biliknya boleh dikawal hanya dengan menggunakan suara.

telegram-moshed

Tetamu hotel boleh berinteraksi hanya dengan arahan lisan untuk memberi sebarang arahan.

Sebagai contoh, apabila suhu bilik terlalu sejuk pada waktu malam, para pelanggan boleh mengikut command yang disediakan agar suhu pendingin hawa turun secara automatik.

Menakjubkan bukan?

Pelanggan juga akan dibekalkan dengan tutorial langkah demi langkah untuk memberi arahan kepada teknologi yang digelar ‘Siri’ ini.

Teknologi ini dibangunkan oleh Aloft Starwood untuk mengembangkan industri ini.

Aloft Starwood juga sebelum ini telah mencipta perkhidmatan bilik dengan emoji serta bilik tanpa kunci yang pertama di dunia.

Selain itu, Aloft Starwood juga pernah membuat kelainan apabila meletakkan robot bersaiz kanak-kanak di kaunter penyambut tetamu hotel Hilton Mclean di Virginia untuk menyambut kehadiran tetamu.

Robot Aloft

Robot Aloft

Pada tahun lepas juga, dunia telah menyaksikan pembukaan hotel automatik yang pertama di dunia iaitu Henn-na Hotel di Jepun apabila menggunakan sepenuhnya robot sebagai kakitangan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register