728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX

Antara Forex, Professor dan Pakcik Tua

Ada sebuah kisah antara seorang professor dan seorang pakcik tua. Professor ini adalah seorang yang berpelajaran tinggi, mempunyai PHD serta hasil pekerjaannya sebagai penyelidik dan pemikir beliau hidup kaya di bandar. Suatu hari professor tersebut menemui kawasan lombong emas di kawasan pedalaman melalui kajiannya. Terbayang di kepalanya dengan menjadi orang pertama yang menjumpai lombong emas tersebut, beliau akan bertambah kaya raya. Beliau terus bersiap-siap dan untuk pergi ke lombong emas tersebut dan perlu melalui sungai besar menggunakan sampan pakcik tua. Pakcik tua ini pekerjaanya saban hari adalah mengayuh sampan menyeberangi sungai besar di kawasan pedalaman ke bahagian pedalaman yang lain. Dalam perjalanan mereka berbual.

Professor : Pakcik, macam mana pakcik boleh jadi pengayuh sampan ?

Pakcik : Oh, pakcik tak bersekolah. Masa muda dulu pakcik malas dan tak fikir pelajaran ini penting. Bila dewasa, pakcik ada dapat kerja, tetapi pakcik malas pergi. Habis anak bini tinggalkan pakcik sebab pakcik malas. Bila dah tua baru pakcik sedar, jadi kerja macam ini sahajalah pakcik mampu buat.

telegram-moshed

Professor : Pakcik tak pergi sekolah dan malas? Ish ish ish, pakcik sudah rugi 30% daripada kehidupan pakcik. Sepanjang jadi pengayuh sampan ni, berapa dah simpanan yang pakcik simpan?

Pakcik : Oh, beberapa ringgit sahaja yang pakcik dapat setiap hari. Kais pagi makan pagi. Kais petang makan petang. Macam mana nak simpan, kalau nak makan pun kadang-kadang cukup kadang-kadang tak cukup.

Professor : Tiada simpanan ? Pakcik dah rugi lagi 30% dari kehidupan pakcik. Umur pakcik berapa pakcik, macam memang sangat tua saya tengok.

Pakcik : Umur pakcik dah hampir 80 tahun.

Professor : Dah hampir 80 tahun, memang sangat tua, tambahan sepanjang hidup pakcik, sekolah pun tidak, simpanan pun tidak ada, nampaknya pakcik dah rugi lagi 20% dari kehidupan pakcik. Dah 80% pakcik rugi pakcik.

Tiba-tiba arus deras datang dan sampan mereka hanyut terlanggar batu lalu terbalik.

Pakcik : Professor, dalam keadaan macam ini, professor tahu tak apa perlu buat ? Professor tahu berenang tak ?

Professor : Saya tak tahu nak buat apa pakcik, saya tak tahu berenang.

Pakcik : Nampaknya professor dah rugi 100% dalam hidup ini !

Apa pelajaran yang kita boleh dapat daripada cerita ini ?

Kita mungkin biasa trading pada normal condition market. Pergerakan yang kurang volatile dan kita sudah mula nampak konsisten dalam jana profit. Kita yakin, kita akan jana profit yang lebih besar dan mula deposit modal yang tinggi untuk trading akaun. Hari pertama, hari kedua semua ok. Hari ketiga ada berita forex yang memberikan kesan besar kepada pergerakan pasaran, dan kita tidak tahu. Kita ibarat professor tersebut, apabila datang arus deras, sampan terbalik dan kita tidak tahu apa kita nak buat dan kita tidak tahu berenang. Sedangkan ilmu sebelum ini untuk hidup dan jana profit kita ada, kita rasa kita sudah pandai tetapi rupanya kita terlupa satu bab iaitu ”berenang”. Apabila price naik mendadak, lawan arah trading kita, kita menggelabah, tak tahu apa nak buat, lepas tu kita sudah lupa ilmu-ilmu tentang kawalan MM dan psikologi serta emosi sebelum ini, kita masuk layer, berlapis-lapis, akhirnya menyebabkan kita rugi kesemua modal kita dalam forex. Sama macam professor tersebut yang sangat yakin jalan kehidupannya menjadi professor lebih untung dari pakcik tersebut, tetapi terlepas pandang perkara penting sehingga beliau kerugian apabila tidak tahu berenang.

Ada rakan forex trader saya, ketika di universiti dahulu sentiasa score, sekarang jadi Pilot. Apabila ingin belajar tentang forex, dan saya tunjukkan sedikit cara, dia cakap, “alah, dulu belajar jadi Pilot dulu lagi susah, tapi boleh saja score, sekarang sudah jadi kapten, forex trading ni pun boleh punya, tak adalah susah mana pun.” Tetapi sekarang dah rugi banyak dalam forex, dan tidak mahu belajar tambah ilmu pula tu. Apabila saya panggil beliau untuk share ilmu dalam forex trading agar trade lebih konsisten dan tepat, beliau cakap, nanti dulu lah, dan terus deposit setiap bulan. Saya dah tak dapat agak berapa banyak beliau dah rugi dalam forex trading. Macam gamble.

Segala usaha dan tindakan kita dalam kehidupan, setiap satunya ada risiko. Macam pakcik tua tersebut, masa muda tak fikir pelajaran dan ilmu berguna dalam kehidupan penting, masa muda taknak usaha kuat, asyik berseronok sahaja dan malas bekerja, apabila tua, perlu kerja kuat guna kudrat untuk sara diri. Apabila kita muda ini, inilah masa kita perlu kerja kuat, demi keluarga, agar kita dapat kehidupan selesa pada masa tua nanti. Kita jarang berfikir tentang masa hadapan. Hidup rasa asyik tak cukup duit, tapi nak korban sedikit, cari masa untuk menuntut ilmu perniagaan mungkin, atau cuba cari pendapatan sampingan pun kita tak mahu. Kita just go with the flow, sehinggalah kita sedar yang masa semakin suntuk. Tetapi lebih bagus sedar dari langsung tidak sedar.

Risiko lebih tinggi jika kita tidak tahu apa kita patut buat dalam situasi yang tidak dijangka. Macam professor, tak tahu berenang dan bakal dihanyutkan arus deras dan mati. Terus rugi 100% kehidupan beliau walaupun beliau menganggap yang pakcik tadi lebih rugi dalam hidup, tetapi bila datang satu-satu situasi, beliau terus rugi kesemuanya. Kesalahannya tidak sediakan life jacket. Terlalu excited untuk ke lombong emas tersebut. Sama macam kebanyakan orang apabila trade forex, tetapi kita tak faham betul-betul, tak belajar habis, tak tahu kita buat apa. Tak tahu kenapa masuk BUY, kenapa patut SELL, tak tahu apa kita buat, main masuk saja order, excited kononnya nak dapat profit besar, dan apabila rugi kita kecewa. Sama macam professor dalam kisah tersebut.

Semoga sama-sama kita ambil iktibar. Jangan lupa share pada rakan-rakan forex trader kita.

“The only good is knowledge and the only evil is ignorance” – MoshedFX

Kredit Foto : Brandoneu Photography

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register