Share This Post

CRUDE OIL

Apa dah jadi dengan harga minyak mentah sebenarnya?

Apa dah jadi dengan harga minyak mentah sebenarnya?

Tahun 2016 sepatutnya menjadi permulaan baru yang positif dari sektor minyak. Pendapat dari pelbagai pihak meyakinkan bahawa pasaran akan kembali stabil pada separuh kedua, inventori akan kurang disebabkan permintaan melebihi bekalan dan disusuli dengan harga yang kembali pulih.

Tetapi, nampak sebaliknya pula berlaku apabila harga minyak mentah OPEC jatuh dibawah $40 per tong pada khamis lepas untuk pertama kalinya sejak April lepas.

oil bloomberg

telegram-moshed

Sebenarnya, pasaran minyak berada di tahap sebegini akibat keputusan Arab Saudi pada November 2014 untuk mengabaikan jawatan tidak rasmi mereka sebagai swing producer dunia. Tindakan ini bertujuan untuk menurunkan harga minyak dan mendapatkan kembali kawalan ke atas pasaran yang telah dikuasai industri minyak shale US.

Malangnya, keputusan Arab Saudi secara tidak langsung menyebabkan pertumbuhan permintaan agak perlahan dan bekalan tidak dapat dihabiskan.

 

iea oil

Walaupun berlaku peningkatan harga sebelum ini, ia adalah bersifat sementara kerana pengeluaran dari Kanada telah kembali pulih dan pergolakan di Nigeria tidak memberi impak berpanjangan kepada kenaikan harga minyak.

Mengikut kenyataan dari menteri minyak Rusia, pasaran mungkin akan sampai ke tahap stabil pada pertengahan tahun 2017 manakala Goldman Sachs berdasarkan laporan 27 Julai lepas mengatakan harga minyak akan kekal diantara $45 ke $50 sehingga pertengahan tahun depan juga.

Berita baik buat masa ini adalah syarikat-syarikat telah mengurangkan perlaburan ke atas projek baru. Secara tidak langsung pengeluaran minyak baru akan perlahan di pasaran akan datang.

Pengeluaran US di luar Alaska juga kurang. Setakat yang diketahui, hanya syarikat Chevron paling menonjol dalam meneruskan projek untuk mengembangkan padang Tengiz di Kazakhstan setelah berlaku kejatuhan harga minyak pada pertengahan 2014 lepas.

Untuk rujukan, pertumbuhan permintaan masih lagi boleh dikaji berdasarkan trend 20 tahun lepas dan pertumbuhan naik sebanyak 1 juta tong sehari untuk setiap tahun.

Permintaan akan mengatasi juga bekalan, kita hanya perlu tunggu sahaja harga pulih kembali.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register