banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Apa Faktor yang Mempengaruhi Kejatuhan Nilai Yen Pada Awal Minggu Ini?

Apa Faktor yang Mempengaruhi Kejatuhan Nilai Yen Pada Awal Minggu Ini?

Yen diniagakan lemah di Asia pada pembukaan Sesi Asia. Namun, data perdagangan merekodkan angka yang lebih baik walaupun kadar eksport dan import menurun. Pertengahan minggu ini akan menyaksikan penumpuan terhadap keputusan Fed dan BoJ mengenai dasar kewangan.

USD/JPY dicatat pada angka 106.32, meningkat sebanyak 0.18%, manakala AUD/USD diniagakan pada 0.7478, meningkat 0.17%. GBP/USD turut meningkat sebanyak 0.19% dan diniagakan pada 1.3135.

USD/JPY, 15 minit

USD/JPY, 15 minit

telegram-moshed

 

Di Jepun, imbangan perdagangan mempunyai lebihan sebanyak ¥ 33 bilion, lebih baik dari ¥ 24 bilion seperti dijangka. Sementara itu, import susut 18.8%, kurang dari yang diharapkan. Kadar eksport turut jatuh sebanyak 7.4% dan imbangan perdagagangan pada keseluruhannya mencatat lebihan ¥ 693 bilion.

US Dollar Index, yang mengukur kadar kekuatan mata wang Greenback kali terakhir dinilai pada 97.41.

Minggu ini, pelabur sangat menantikan kenyataan dari Rizab Persekutuan yang dijadual pada hari Rabu yang dikatakan bakal menentukan kadar kenaikan interest rate dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Selain itu, mereka juga menantikan pengumuman dasar kewangan oleh BoJ pada hari Jumaat. Dalam pengumuman ini, kebanyakan menjangkakan ransangan selanjutnya.

Dalam masa yang sama, minggulalu mencatatkan kenaikan US Dolar ke tangga tertinggi dalam tempoh 4 bulan kesan dari unjuran dasar monetari yang berbeza antara Fed dengan bank-bank pusat yang lain.

Rentetan dari keputusan 2 data Amerika Syarikat yang memberansangkan baru-baru ini, Fed dijangka akan menaikkan kadar interest rate sebelum hujung tahun ini. Interest rate futures pada masa ini, mempunya 45% kenaikan pada Disember, berbanding dengan kurang dari 20% seminggu lepas.

Pada minggu ini, data US, UK dan suku kedua Kadar Dalam Negara Kasar Eropah (KDNK) juga dijangka akan mendapat perhatian umum.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register