728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Apa itu Berita NFP dalam Forex Trading ?

Apa itu Berita NFP dalam Forex Trading ?

Apa itu Non Farm Payroll ataupun NFP?

Apabila trade forex ni, memang berita forex NFP yang paling popular. Ramai orang akan sembang, trade news dan macam-macam lagi lepas NFP la. Ramai yang akan takut dan pesan, jangan trade masa news ni dikeluarkan, sebab bahaya, nanti Margin Call dan macam-macam lagi. Anda faham ke apa itu NFP ?

Ok, apa itu NFP ? NFP ini ialah berita forex yang keluar setiap hari Jumaat pertama setiap bulan. Amat jarang dikeluarkan pada hari lain kecuali US ada cuti atau peristiwa penting pada hari sepatutnya news NFP akan keluar, mereka akan percepatkan atau akan tunda sikit tarikh. Kebiasaan memang Jumaat first setiap bulan.Jumlah keseluruhan Non Farm Payroll adalah merangkumi 80% daripada pekerja yang menghasilkan produk domestik di Amerika Syarikat. Statistik ni digunakan oleh Kerajaan AS untuk tentukan dasar kerajaan dan aktiviti ekonomi, jadi memang kesannya agak besar pada pasaran, kekuatan US dollar dan memang banyak beri efek kepada pair yang ada kaitan dengan USD.

telegram-moshed

Statistik ni tak termasuk pekerja-pekerja kerajaan, pekerja yang kerja di rumah(home base), pekerja peladang dan pekerja yang kerja dengan badan kebajikan atau non-profit. Lepas dah tolak semua jenis pekerjaan yang berkecuali, masih 80% pekerjaan yang menghasilkan kesan ekonomi domestik US. Jadi memang impak dia agak besarlah kepada ekonomi US.

funny-job-advertisements

Apa kesannya ?

Jika keputusan yang keluar lebih besar dari yang diramalkan, ia akan memberi kesan baik kepada ekonomi US dan kekuatan matawang USD. Contoh pada bulan lepas(september), katakan forecast(ramalan) ialah 216,000 tambahan pekerjaan. Result keluar pertambahan cuma 142,000 sahaja, kurang dari ramalan dan kurang juga dari nilai bulan sebelumnya iaitu Ogos ialah 212,000.

Jadi ia akan melemahkan sedikit matawang USD, kerana BUYER yang awal-awal beli USD tadi mungkin dah panik dan mula MENJUAL USD, sebab result lemah. Jadi nilai USD akan menurun. Ni secara pemikiran simple dan ringkaslah kiranya.

Biasanya news NFP keluar sekali dengan news Unemployment Change dan Trade Balance. Jadi kita cerita sekalilah apa maksud berita-berita tersebut.

Apa itu Unemployment Change ?
Unemployment change adalah perubahan orang yang TAK BEKERJA di US. Dikira dalam percentage(nilai peratus), jadi lebih kurang peratus yang tak bekerja, akan lebih bagus kepada ekonomi.

Apa itu Trade Balance ?
Trade Balance pula ialah perbezaan nilai import dan export sesuatu negara. Kebiasaanya Amerika Syarikat biasa nilai adalah dalam bentuk Negatif, bermakna lebih banyak import dari export. Tetapi jika nilai tersebut dapat dikurangkan, lebih bagus kepada matawang USD. Lebih bagus bermakna USD lebih kuat.

Kebiasaan juga pada waktu yang sama Berita Trade Balance dari Canada pun keluar juga, jadi berikan lebih volatility iaitu lebih tinggi naik turun untuk pair USDCAD apabila keluar berita NFP.

Ok, dah faham kan ? Saya ucapkan semoga berjaya untuk NFP malam ini. 🙂

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register