banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Apa itu Brexit dan Apa Forex Trader Perlu Faham Mengenainya?

Apa itu Brexit dan Apa Forex Trader Perlu Faham Mengenainya?

 

Apa itu Brexit?

Brexit adalah singkatan kepada “British Exit”. Maksudnya ada kemungkinan yang Britain akan keluar dari Kesatuan Eropah.

telegram-moshed

Sebenarnya isu keluar Eropah ini dimainkan macam isu politik lah. Masa kempen pilihanraya sebelum PM David Cameron menang untuk jadi PM UK, ada isu pasal rakyat British yang tak suka Kesatuan Eropah ni. Diorang cakap, Kesatuan Eropah ni bakal control banyak perkara.

PM David Cameron pun cakap lah, kalau dia menang jadi PM nanti, dia akan bagi Rakyat untuk Vote Referendum, Undi sama ada masih dalam Kesatuan Eropah(EU) atau keluar dari EU ni.

Sejak jadi PM, mula 2010, David Cameron dapat elakkan lagi untuk jalankan undi ini. Dia kempen sikit supaya “tak payah lah keluar dari EU, saya pi bincang dengan geng-geng EU, bagi semua dasar-dasar EU yanng negative tu kita setel dulu.”

Rakyat pun makin duk tunggu, bila “janji nak ditepati” ni. Diorang banding dengan Norway yang bukan dalam EU pun masih boleh “masuk pasaran perdagangan” dengan EU, janji kita bayar la sikit untuk jadi rakan berdagang tu. Jangan takut sangat.

PM David Cameron buat releks lagi sambil kempen “Bremain”, bermaksud British Remain, kekal dalam EU.

Lama-lama dasar EU banyak yang PM David Cameron tak boleh ubah dan ada konflik sikit-sikit. Rakyat pun makin desak. Jadi isu politik la. Sini sana kempen “brexit”. Last-last dia pun kata, ok lah. Jom lah kita buat UNDI tengok, pada 23 Jun ini.

Apa kesan kalau terjadinya Brexit?

Gabenor Bank of England (BOE), Mark Carney cakap, kemungkinan jadi kegawatan ekonomi dan inflasi naik mencanak.

Nilai Pound kemungkinan jatuh mendadak.

Ini semua sebab terputusnya dasar-dasar ekonomi dagangan dengan negara anggota EU yang lain, cuma kena bincang balik mungkin untuk jadi macam Norway.

Kos import dari negara luar akan jadi tinggi kalau matawang Pound lemah.

Baru-baru ini, dah mula ada online poll oleh badan bebas, yang buat undian online, didapati 1 daripada 7 orang vote “berkecuali”.

Mark Carney bagi amaran, “Hampa jangan buat pasai. Letih aku nak cover nanti”

Apa pendapat MoshedFX pasal Brexit?

Isu Brexit bakal dimainkan menjelang June, dan “kemungkinan” saja Pound akan lemah penghujung bulan ini ataupun kemungkinan isu ini dimainkan lebih awal, Pound kemungkinan merudum awal.

Pada pendapat saya, “agak mengarut” untuk Pound risikokan ekonominya untuk keluar dari EU. Tetapi “rumors” memang banyak membantu untuk gerakkan pasaran.

Online Poll? Kemungkinan “alat” spekulator jer semua ni, untuk naikkan atau turunkan harga POUND ketika isu hebat dimainkan di media masa.

Sempena isu Brexit ini dimainkan, US pula ada isu naikkan Interest Rates june ini. So korang fikir sendiri. Apa yang akan jadi?

Sediakan payung terjun bulan June ini ok?

Selepas habis isu ini, atau selepas 23 June, kemungkinan Pound akan recover balik.

Jika rasa info ini bermanfaat, silakan SHARE kepada semua rakan-rakan trader anda. Klik button FACEBOOK SHARE di bawah!

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register