728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Tips dan Nasihat

Apa itu Forex ?

Apa itu Forex ?

Apa itu forex ?

Mungkin anda pernah dengar orang berkata tentang forex itu adalah foreign exchange, tukaran matawang asing dan lain-lain istilah. Saya tak akan ceritakan tentang itu, kerana pada istilah biasa, anda mungkin boleh terus search di wikipedia.

Di sini saya akan terangkan tentang, forex trading atau berdagang forex. Info asas apabila orang sebut forex, adalah seperti di bawah. Saya letakkan dalam point form supaya anda tak rasa macam saya sedang baca bedtime stories.

  • Forex – dagangan tukaran matawang asing
  • Tukaran pergi balik dalam forex mencecah sehingga USD 4 Trillion sehari
  • Forex – sama macam saham lebih kurang beli harga rendah, jual harga tinggi – istilah ialah ‘LONG/BUY’
  • ‘LONG/BUY’ – buat untung apabila harga bergerak naik
  • Boleh juga jual dahulu pada harga tinggi, beli balik pada harga rendah – istilah ialah ‘SHORT/SELL’
  • ‘SHORT/SELL’ – buat untung apabila harga menurun
  • Forex tidak sama seperti saham, forex buka 24 jam sehari, 5 hari seminggu
  • Buka pasaran hari Isnin sekitar 5/6 pagi dan tutup hari Sabtu sekitar jam 5/6 pagi
  • Nak berdagang forex, perlukan broker forex sebagai platform.
  • Berdagang guna platform eletronik dikenali sebagai MT4
  • MT4 ini adalah sebuah software, install dalam komputer, dan dapat lihat turun naik harga, dapat buat order dan analisis
  • Platform pun dah ada dalam smartphones, android,IOS,windows phone dan lain-lain. Mudah janji ada internet.
  • Boleh mula sekitar USD 5 sahaja, lebih kurang RM15 untuk permulaan
  • Ada juga akaun demo, duit virtual untuk kita cuba sehingga 100 ribu US Dollar

Berikut adalah sedikit sebanyak info tentang forex secara ringkas dan asas. Saya akan huraikan lebih lanjut dalam post akan datang.

P/s: Forex boleh buat duit? Jawapannya boleh tapi perlu belajar dan berdagang dengan ilmu.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register