Apa jadi pada Aussie dan Kiwi pada sesi Asia hari ini?

0 4

Ini adalah “wrap up” sesi Asia hari ini bagi AUD dan NZD. Dollar Australia dan New Zealand sedikit turun pada sesi Asia berbanding US Dollar dipengaruhi harga minyak.

Harga minyak sedikit mempengaruhi matawang komoditi seperti Aussie dan Kiwi. Tambahan pula aktiviti “mengambil keuntungan” rancak pada sesi Asia hari ini.

AUD/USD merosot 0.50% kepada 0.7586, kesan susut daripada harga psikologi tertinggi bulan lepas sekitar 0.7650.

Sentimen pasaran bertambah baik pada sesi baru-baru ini apabila para pelabur mengharapkan “kadar dipotong” dari Bank of England pada mesyuarat dasar yang dijadualkan pada Khamis.

Manakala kemenangan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe dalam pilihan raya parlimen pada Ahad meningkatkan spekulasi mengenai langkah-langkah rangsangan ekonomi akan datang oleh Bank of Jepun.

NZD/USD berundur 0.78% untuk berdagang di 0.7243, menarik diri dari puncak ketinggian 14 bulan yang lalu.

Tetapi mata wang komoditi lemah kerana harga minyak bertukar lebih rendah selepas Institut Petroleum Amerika berkata pada hari Selasa, bahawa inventori minyak mentah AS meningkat di luar jangkaan sebanyak 2.2 juta tong sejak minggu lepas.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa