728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi

Apa Jangkaan Anda Setelah Minggu Lalu Berakhir Dengan Banyak Kejutan? Tanda Dan Fokus Pada Event-Event Penting Ini!

Apa Jangkaan Anda Setelah Minggu Lalu Berakhir Dengan Banyak Kejutan? Tanda Dan Fokus Pada Event-Event Penting Ini!

Permulaan Oktober menyaksikan US Dollar mencatat prestasi cemerlang, sementara nasib Pound ibarat jatuh ditimpa tangga apabila terus mencatat kejatuhan berganda dalam bulan ini semenjak Jun lalu.

Jadi, buat minggu 10-14 Oktober, ini merupakan tarikh penting yang perlu anda tandakan siap-siap dalam trading plan anda agar sentiasa alert dengan event yang mempunyai impak besar kepada pasaran matawang.

  1. Sentimen Ekonomi German ZEW, Selasa (5.00pm)

Penganalisis Jerman dijangka tidak berubah pada bulan September pada 0.5. Data ini dianggap penting kerana angka eksport Jerman ke negara-negara bukan EU dan pengeluaran perindustrian telah menunjukkan sedikit kekecewaan. Sementara itu, persekitaran ekonomi di Kesatuan Eropah telah bertambah baik, yang juga bakal meningkatkan peluang untuk bacaan yang lebih positif pada bulan Oktober.

  1. Minit Mesyuarat FOMC, Khamis (2.00am)

Perbentangan minit ini adalah merujuk kepada keputusan Fed yang terkini ketika meninggalkan kadar tidak berubah di mana 3 ahli menyokong kepada kenaikan kadar. Dalam mesyuarat ini juga, pasaran akan mengetahui pandangan ahli Fed mengenai keyakinan mereka terhadap ekonomi dan jangkaan inflasi pada masa akan datang. Kesemua pandangan akan diambil kira dalam mesyuarat ini.

  1. Keputusan Dasar oleh UK, Khamis (7.00pm)

Sebelum ini Bank of England telah mengekalkan kadar faedah pada 0.25%, namun tetap terbuka untuk mengubah dasar pada bulan-bulan yang akan datang. Beberapa data ekonomi sebelum ini dikeluarkan lebih baik dari jangkaan. Pun begitu, kebanyakan penganalisis menjangkakan kadar akan dipotong lagi dalam tahun ini.

  1. Tuntutan Pengangguran AS, Khamis (8.30pm)

Bilangan rakyat Amerika yang memfailkan tuntutan pengangguran awal dirasakan bakal jatuh 5,000 kepada 249,000 penghujung bagi bulan September. Angka itu menunjukkan tahap pemberhentian kerja yang rendah sebelum NFP bulanan diumumkan. Pada minggu ini, jumlah tuntutan baru dijangka mencecah 252,000 pekerjaan.

  1. Inventori minyak mentah AS, Khamis (11.00pm)

Stok minyak mentah jatuh 3.0 juta tong pada minggu lalu sekali gus mencatatkan penurunan bagi minggu kelima berturut-turut. Jumlah inventori minyak mentah tidak termasuk inventori di US Strategic Petroleum Reserve, jatuh 500 juta tong buat kali yang pertama sejak Januari kepada 499.7 juta tong.

  1. Data jualan runcit, Jumaat (8.30pm)

Pada bulan Ogos, data ini dijangka menunjukkan kemerosotan kerana pembelian domestik yang dilihat perlahan. Bagi bulan sebelum ini, data ini telah menunjukkan penurunan terhadap pembelian kereta dan pelbagai barangan lain, yang juga menimbulkan kebimbangan mengenai kadar pertumbuhan bagi suku ketiga.

  1. Sentimen pengguna AS UoM, Jumaat (10.00pm)

Keyakinan pengguna diramal tidak berubah bagi bulan September kerana kebanyakan pengguna kekal optimis terhadap prospek ekonomi mereka. Pada bulan Ogos, jualan runcit jatuh yang boleh menunjukkan petanda buruk bagi keyakinan pengguna. Pun begitu, data ini dijangka meningkat bagi bulan-bulan yang akan datang.

  1. Ucapan Janet Yellen, Sabtu (1.30 am)

Janet Yellen dijangka berucap dalam Persidangan Penyelidikan Tahunan di Boston. Ucapan beliau akan menyasarkan aspek pemulihan ekonomi AS serta bakal memberi petunjuk mengenai jangkaan kenaikan kadar AS.

Selain 8 event penting ini, kami sediakan juga kalendar Forex factory yang anda boleh rujuk sebelum memulakan trade.

Sumber : Forex Factory

Sumber : Forex Factory

Semoga profit!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register