Apa Kaitan China dengan Dua Negara Ini?

0 0

Dollar Australia stabil berbanding US Dollar pada hari Isnin, manakala New Zealand Dollar bergerak lebih rendah selepas nilai import China menunjukkan penurunan.

AUD/USD untuk sesi ini telah sedikit berubah kepada 0.7614.

Walau bagaimanapun, Greenback  meneruskan lonjakan selepas Jabatan Buruh AS mencatat peningkatan jumlah pekerjaan bagi bulan lalu.

Spekulasi mengenai kenaikan kadar oleh Fed terus meninggi disokong oleh data pekerjaan yang memberangsangkan.

NZD/USD pula tergelincir 0.39%, iaitu nilai terendah sejak 29 Julai.

NZD-USD 08.08
NZD/USD, 15 minit

Terdahulu menyaksikan kejatuhan nilai eksport dan import dalam data China.

China merupakan rakan eksport terbesar Australia dan rakan eksport kedua terbesar bagi New Zealand.

 

Jom klik pada artikel ini. Kita test tengok berapa ramai yang tidak suka pada kandungannya!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa