728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Apa Terjadi Kepada Aussie Ketika Pasaran Bertumpu Kepada Pengumuman Dasar RBA?

Apa Terjadi Kepada Aussie Ketika Pasaran Bertumpu Kepada Pengumuman Dasar RBA?

US Dollar berlegar ke paras terendah dalam tempoh 3 minggu pada hari Selasa selepas data ekonomi Amerika Syarikat yang lemah sekali gus menjejaskan jangkaan awal terhadap kenaikan kadar oleh Fed. Dollar Australia pula bersiap sedia menghadapi kemungkinan sebarang dasar pelonggaran pada masa akan datang.

US Dollar Index berbanding 6 matawang utama dinilai pada 95.758. Indeks itu dilihat sedang bergelut untuk proses pemulihan sejak pengumuman pertumbuhan KDNK Amerika Syarikat yang sangat lemah pada minggu lalu.

Data pembuatan yang diumum pada Isnin, yang lebih lemah dari jangkaan terus menolak jatuh indeks itu kebawah.

telegram-moshed

Berbanding yen, US Dollar berubah kepada 102.40 yen , mencecah nilai 3 minggu terendah.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe sebelum ini mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada hari Selasa. Beliau dijangka memasukkan 7.5 trillion yen perbelanjaan fiskal.

“Saiz dan kandungan pakej itu sudah diketahui. Jadi saya ragu-ragu sama ada jumlah itu boleh menggerakkan pasaran atau tidak. USD/JPY mungkin akan jatuh melainkan terdapat tanda-tanda yang lebih jelas mengenai kenaikan kadar oleh Fed,“ kata Shinichiro Kadota, FX Kanan dan Ahli Strategi Kadar di Barclays Securities Japan.

Euro pula diniaga pada $ 1.1165.

Dalam masa yang sama, Dollar Australia dilihat kekal bertahan menjelang pengumuman dasar oleh RBA. RBA dijangka bakal mengurangkan kadar faedah ke paras yang baru.

Ingin tahu kenapa bank tertua Itali ini dalam bahaya? Klik link ini. 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register