Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / GBP/USD / Sesi Asia / USD/JPY

Apa yang Terjadi Pada Aussie Selepas Data Jualan Runcit dikeluarkan?

Apa yang Terjadi Pada Aussie Selepas Data Jualan Runcit dikeluarkan?

Dollar Australia menjunam dalam sesi Asia pada Selasa selepas data jualan runcit dikeluarkan. Dalam laporan berlainan, China juga mengeluarkan data harga pengeluar yang masih menjadi tinjauan pasaran.

Di China, data harga pengguna bagi bulan Disember meningkat sebanyak 0.2 peratus pada kadar keuntungan 2.1 peratus. Harga pengeluar pula dilapor melonjak pada 5.5 peratus untuk bulan Disember.

Terdahulu di Australia, data jualan runcit meningkat kepada 0.2 berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 0.4 peratus.

AUD/USD didagang merosot sebanyak 0.08 peratus memandangkan matawang ini mempunyai kaitan dagangan yang paling dekat dengan China. USD/JPY juga didagang rata kepada 116.00.

Dalam sesi Asia, Pound dicatat merosot sebanyak 0.12 peratus akibat kejatuhan mendadak semalam yang boleh dikaitkan dengan jangkaan “hard Brexit”.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar juga kali terakhir dinilai menyusut sebanyak 0.09 peratus.

Semalam US Dollar meningkat lebih rendah selepas laporan senarai gaji yang dikeluarkan pada Jumaat dikeluarkan bercampur-campur. Data tersebut juga menyokong unjuran kenaikan kadar oleh Fed bagi tahun ini memandangkan sektor pekerjaan dinilai berada pada tahap yang baik.

Pada Isnin, Presiden Fed Boston iaitu Eric Rosengren menggesa bank pusat AS agar menaikkan kadar serta memberi amaran bahawa inflasi akan mengatasi sasaran jika kadar masih berada pada tahap yang sama.

Jualan besar-besar terhadap matawang Sterling juga disebabkan oleh kenyataan May yang menyatakan bahawa Britain tidak akan mengekalkan “bit” keahlian Kesatuan Eropah.

Inilah Cara Saya Kembangkan Karier Forex Trading Saya dengan Business Plan

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal