728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Apa Yang Terjadi Pada FOMC Awal Pagi Tadi? Semua Forex Trader Wajib Baca Ulasan Ini

Apa Yang Terjadi Pada FOMC Awal Pagi Tadi? Semua Forex Trader Wajib Baca Ulasan Ini

Interest Rate Kekal, tumpuan kembali kepada Brexit
.
Menurut Janet Yellen jam 2 pagi lalu, Brexit merupakan antara faktor yang menyebabkan Federal Reserve mengambil keputusan untuk mengekalkan interest rate seperti yang dijangka Goldman Sachs dalam pos ini.
.
“Ia merupakan keputusan bagi menjaga keadaan ekonomi dan kewangan dunia,” Kata Yellen. Katanya lagi dalam sesi sidang media, “Jika UK meninggalkan EU, ia sekaligus akan memberi kesan ekonomi bukan sahaja kepada UK, malah akan memberi kesan kepada ekonomi Amerika syarikat”.

Namun perkembangan ekonomi Amerika akan mengalami kelempaban sementara menantikan peningkatan interest rate.

telegram-moshed

Projection terbaru oleh ahli Fed menunjukkan majoriti daripada mereka masih mahukan dua kali rate hike pada tahun ini, sekaligus menyebabkan USD kembali kukuh.

Yellen juga menegaskan bahawa Federal Reserve tidak mahu memberi sebarang kejutan pada minggu ini yang boleh menyebabkan impak buruk ditambah lagi jika UK keluar daripada EU.

Brexit juga telah memberi kesan yang kurang baik kepada minyak mentah yang menampakkan kejatuhan harga kepada $48/barrel, sekaligus turut memberi kesan kepada matawang CAD.

NZD masih lagi menguat dibantu data perkembangan suku pertama yang kuat.

Kerisauan Brexit semakin meningkat sejak minggu lalu, menyebabkan pelabur-pelabur meletakkan duit mereka di safe haven, seperti Germand bond dan U.S. Treasuries, dan mengakibatkan kelemahan Pound.

Setakat ini, 5 online poll telah dijalankan dan penyokong “UK Keluar” masih lagi majoriti. Minggu lalu, Mark Carney (Governor Bank of England) memberi kenyataan yang berulang kali jika UK keluar daripada EU, UK berkemungkinan besar akan mengalami kegawatan ekonomi yang jelas.

Setakat ini, Bank of England telah meperuntukkan sebanyak £2.46 billion ($3.47 billion) tunai kepada peminjam bagi mengelakkan sebarang kerugian yang teruk semasa volatility yang tinggi jika UK keluar daripada EU.

Bank of Japan hari ini juga dijangka akan mengekalkan polisi kewangan mereka namun Governor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda berkata kemungkinan tipis perubahan polisi kewangan akan berlaku bagi menjaga Yen, untuk memastikan export Jepun terus meningkat.

Tim MoshedFX ada terbaca beberapa post di Facebook beberapa orang telah MC/SO akibat news. Jika dilihat kembali, kesan daripada FOMC semalam tidak begitu ketara, hanya bergerak 60-70 pips.

MC/SO itu besar kemungkinan adalah kerana tidak menjaga Money Management seperti mana yang selalu tim kami tekankan sama ada dalam Buku MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery mahupun dalam penulisan Tuan Ridzuan Rahman dalam bahagian Kawalan Psikologi dan emosi.

Sekali lagi, jaga MM anda, kita mahu stay lama dalam bidang ini, bukan sekadar untung sekali.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register