728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Apabila Putin dan Ekonominya Sama-Sama Tersangkut

Apabila Putin dan Ekonominya Sama-Sama Tersangkut

Selama 18 bulan, ekonomi di Rusia terumbang-ambing dan Putin masih tidak mempunyai perancangan untuk mengerakkan ekonomi.

Menurut pegawai Kremlin, buat masa ini masih tiada tanda-tanda ekonomi Rusia akan mula pulih kecuali jika ada kenaikan harga minyak secara mengejut.

oil drop push russian into recession

telegram-moshed

Rusia ditakuk ini adalah disebabkan harga minyak mentah yang lemah mengurangkan pendapatan kerajaan dan juga tindakan US dan European Union (EU) yang meletakkan sekatan ke atas Rusia.

Bank pusat terpaksa mengaku kalah akibat tiada ruang untuk pelonggaran kredit dengan cepat disebabkan inflasi melebihi 7% dan perniagaan serta pengguna juga mengurangkan perbelanjaan kerana ekonomi yang agak lembap.

living standards are suffering

Putin mensasarkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4% setiap tahun, jauh dari jangkaan para ekonomi yang mensasarkan hanya sebanyak 1.2% sahaja. Untuk memastikan pertumbuhan ini terlaksana, Putin telah membuat panel penasihat bagi memberikan idea yang dapat mempertingkatkan ekonomi Rusia.

budget woes worsen

Salah seorang dari penasihat ekonomi yang dilantik ke dalam panel Kremlin, Alexei Kudrin dijangka akan membawa perubahan besar. Ramai berharap Putin dapat menyokong rancangan Kudrin untuk mengurangkan kawalan kerajaan terhadap ekonomi untuk merancakkan sektor swasta serta memotong defisit bajet untuk menurunkan inflasi.

Putin masih lagi mengharapkan kenaikan harga minyak secara mengejut seperti yang pernah berlaku pada pertengahan tahun 2000 untuk menyelamatkan ekonomi sekali lagi. Ini kerana rancagan Kudrin tidak disenangi oleh ramai orang atasan didalam perniagaan diselia kerajaan. Rakyat juga akan hilang keyakinan terhadap Putin. Kedua- dua senario ini merisaukan Putin yang bakal mengharungi pilihan raya pada 2018.

Bagi mencari jalan lain, Putin telah mengarahkan pakar-pakar ekonomi membuat satu program berdasarkan cadangan stimulus tahunan sebanyak 1.5 bilion rubel ($22.5 bilion) yang juga dinamakan “Pelonggaran Kuantitatif Cara Rusia”. Rancangan pelaburan diterajui kerajaan ini adalah bertentangan dengan rancangan Kudrin yang mahukan peningkatkan pertumbuhan sektor swasta.

Untuk pertumbuhan jangka masa pendek, Putin mengharapkan perlaksanaan projek nasional yang dapat memberikan pendapatan kepada kerajaan. Projek seperti ini ditentang Kudrin yang beranggapan ia menggangu perkembangan ekonomi.

investment stalls

Kudrin berpendapat, selagi tiada perubahan yang drastik, tidak akan berlaku pertumbuhan ekonomi yang dinanti-nantikan. Dengan harga minyak masih di bawah $40, Putin tidak boleh mengharapkan kepada minyak buat sekarang. Beliau juga menolak sebarang cadangan untuk berbaik dengan negara Barat dalam usaha untuk mengurangkan tekanan ekonomi.

Terdapat banyak isu yang sedang bermain di kepala Putin dan ramai masih ternanti-nanti akan tindakan seterus beliau.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register