Apakah Beza Data ADP-NFP dan Data NFP?

0 813

Semalam data ADP non-farm payroll dikeluarkan yang mencatatkan tambahan sebanyak 241,000 pekerjaan baru dalam sektor swasta pada bulan lepas. Data ini melebihi jangkaan sebanyak 208,000.

ADP non-farm payroll ialah data yang menunjukkan perubahan tenaga kerja di Amerika yang hanya melibatkan sektor swasta. Data ini dikeluarkan oleh ADP (Automatic Data Processing, Inc).

Ini adalah kali ke lima berturut-turut data ADP-NFP merekodkan kenaikan lebih daripada 200,000.

Pihak ADP mengatakan dalam sidang media, “Pasaran pekerjaan semakin meningkat dengan tambahan pekerjaan kekal kukuh melebihi 200,000. Pengetatan pasaran buruh semakin tinggi.”

Pada Jumaat, 6 April pula data non-farm payroll(NFP) akan dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Buruh US pada pukul 8.30 malam. NFP dijangkakan akan menambah sebanyak 190,000 pekerjaan, manakala kadar pengangguran diramalkan susut kepada 4.0% daripada 4.1% bulan lepas. Average hourly earnings pula dijangkakan naik 0.3%.

Perbezaan antara data ADP NFP dan NFP ialah entiti yang mengeluarkan data ini. Data NFP dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Buruh US manakala data ADP NFP pula dikeluarkan oleh Automatic Data Processing, Inc. Namun data NFP  memberi kesan yang lebih besar kepada pasaran berbanding data ADP NFP.

Data ADP-NFP hanya mengeluarkan data pekerjaan sektor swasta, tetapi data NFP mengeluarkan data pekerjaan swasta dan kerajaan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa