728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Tips dan Nasihat

Apakah Makna Kejayaan Sebagai Seorang Trader?

Apakah Makna Kejayaan Sebagai Seorang Trader?

Soalan ini paling popular yang kerap ditanyakan kepada saya. “Bagaimanakah menjadi seorang forex trader yang berjaya?”

Saya biasanya tanya kembali, “Apakah makna menjadi seorang forex trader yang berjaya? Apakah takrifan kejayaan dimata anda?”

Untuk berjaya, kita perlu tahu dahulu apakah takrifan kejayaan pada diri kita. Sampai tahap mana anda rasa anda berjaya? Sebelum mulakan perlumbaan, mesti tahu syarat perlumbaan. Adakah tempat pertama dikatakan berjaya, ataupun top ten dari 1000 orang pelumba ditakrifkan sebagai masih berjaya.

telegram-moshed

Sebelum nak memanah, mesti tahu target, betul tak? Kalau tak ntah kemana pergi anak panah tu disasarkan.

Sama juga macam forex trading.

Adakah anda nak berjaya membuat profit sejuta dahulu baru dikira berjaya. Atau adakah rasa kalau sudah boleh konsisten bayar installment bulanan kereta pun dianggap sudah berjaya?

Jadi kesimpulannya kita kena ada target.

Lain orang, lain target. Ada orang sesuai target sekian-sekian amount untuk konsisten profit, sebab komitmen dia besar. Mungkin yang dah kahwin, target dapatkan tambahan sekitar USD500 dollar sebulan, iaitu RM2000 dah rasa cukup.

Ada orang, mungkin dia modal besar, target USD1,000 sebulan, tu pun baru 5% dari modal dia sekitar USD20,000.

Jadi lain orang, lain caranya untuk berjaya.

Persoalan ini subjektif. Jadi anda perlu tahu dahulu apa makna berjaya, sebelum anda masuk ke dalam “game” ini.

Apa target anda sebagai seorang trader? Anda boleh jawab soalan ini, maksudnya anda sendiri tahu adakah anda berjaya atau tidak.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register