banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Apakah Perbezaan Polisi Ekonomi Yang Di Bawa Oleh Trump dan Clinton?

Apakah Perbezaan Polisi Ekonomi Yang Di Bawa Oleh Trump dan Clinton?

Debat pertama antara calon Presiden Amerika, Clinton dan Trump menampakkan Clinton lebih tenang dan meyakinkan. Ramai berpendapat Clinton menang besar pada debat pertama itu. Namun, apa yang membezakan antara mereka berdua dari segi ekonomi dapat dilihat apabila moderator bertanyakan “ Bagaimanakah anda berdua boleh meningkatkan peluang pekerjaan di Amerika?”.

Trump berpendirian Amerika pada hari ini mengenakan cukai yang terlalu tinggi kepada sektor swasta kira-kira 30%. Atas sebab cukai tinggi inilah beliau mengatakan banyak syarikat besar di Amerika memindahkan operasi mereka ke negara sekitar seperti Mexico. Cukai yang tinggi ini menyebabkan keuntungan syarikat-syarikat ini berkurangan.

Trump dalam ucapannya pada debat pertama itu mengatakan akan mengurangkan cukai syarikat dalam 10-15% bagi menghalang lebih banyak syarikat meninggalkan Amerika dan beroperasi di luar negara. Dengan pengurangan ini Trump yakin dapat membawa semula syarikat-syarikat yang beroperasi di luar negara balik ke Amerika.  Hal ini akan dapat menambahkan jumlah pekerjaan baru. Untuk rekod, kadar pengangguran di Amerika ketika ini ialah 5%.

Clinton pula akan mengekalkan kadar cukai sedia ada. Hasil dari kutipan cukai ini akan digunakan  untuk membangunkan perusahaan kecil dan sederhana, kerana baginya sektor ini dapat menghasilkan pekerjaan terbanyak dan cepat memberi penawaran pekerjaan kepada rakyat Amerika.

Tambahnya lagi, polisi ini dapat menghasilkan ramai usahawan baru dan mampu merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin. Hal ini dapat mengekalkan cukai sedia ada kepada syarikat-syarikat besar dan dapat disalurkan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Dari segi politik, pendirian Clinton dilihat lebih popular kerana dapat membantu lebih ramai golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register