Apakah Yang Berlaku Kepada Emas Ketika Fed Hampir Pasti Untuk Menaikkan Kadar?

0 1

Harga emas kembali meningkat sederhana pada hari Rabu setelah US Dollar kembali merosot. Buat masa ini, matawang itu kekal berada pada paras tertinggi sementara menunggu mesyuarat Fed yang bakal diadakan pada bulan depan.

Emas di Comex didagang pada $1,212.90 satu troy ounce.

Dalam masa yang sama, US Dollar Index yang mengukur matawang Greenback berbanding 6 matawang utama yang lain kali terakhir dinilai pada 100.71.

Emas akan mendapat manfaat jika US Dollar dinilai merosot. Pun begitu, penganalisis pasaran kekal berpendapat bahwa prospek logam kuning ini kekal melemah memandangkan Fed seakan sudah bersedia untuk menaikkan kadar.

Harga logam kuning terjun lagi sehingga 4.5% setakat bulan ini sahaja berikutan keyakinan pasaran terhadap dasar ekonomi Trump.

Kedua-Dua Jutawan Ini Menambah Kekayaan Sebanyak $3.3 Billion Setelah Mencatat Kerugian Ketika Pilihanraya Presiden Sebelum Ini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa