banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Apakah Yang Perlu Buat Jika Anda Ragu-Ragu Dengan Analisa Anda?

Apakah Yang Perlu Buat Jika Anda Ragu-Ragu Dengan Analisa Anda?

Anda takut terlepas entry yang berkualiti kerana anda berasa ragu-ragu akan analisa anda? Tidak dinafikan, kadang-kadang kita akan terlepas entry yang berkualiti. Ya, ia pasti berlaku jika anda tidak membuat persediaannya yang betul. Tetapi ketakutan ini tidak sepatutnya memaksa anda untuk rehat terlalu lama dan melemahkan semangat anda dalam dunia forex ini.

Ketakutan ini sebenarnya merupakan sebahagian dalam industri ini. Apabila anda perlu melabur sejumlah wang dalam trading ini untuk perolehi keuntungan yang tidak pasti lagi/tidak tetap, perasaan takut itu pasti akan muncul. Jadi bagaimana untuk menangani ketakutan dan keraguan ini

1. Tenang Dan Fokus

telegram-moshed

Jika anda masih ragu-ragu akan analisa anda, anda perlu tenang dan fokus dahulu sebelum membuat keputusan. Periksa dua ke tiga kali analisa anda. Jangan biarkan emosi mengawal anda dalam  membuat keputusan.

2. Rehat

Dapatkan rehat yang secukupnya dan kemudian analisa semula supaya anda yakin untuk entry. Jangan takut untuk membuat keputusan setelah anda menganalisa. Jika masih ragu-ragu, tinggalkan jangan entry. Anda akan merasa lebih baik dengan tidak melakukan sesuatu yang anda tidak pasti.

3. Belajar

Jika anda terlepas entry yang berkualiti, lihat dan kaji semula pergerakkan harga dalam trading chart yang anda terlepas itu dan belajar dari kesilapan itu. Perbaiki semula teknik analisa anda sekiranya mempunyai kelemahan. Jadi, proses pembelajaran yang berterusan perlu dipraktikkan supaya kesilapan yang sama tidak berlaku lagi. Selain itu, jangan berputus-asa dan merasa ketakutan kerana kerugian juga adalah sebahagian dari pembelajaran dalam industri forex ini.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register