banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Sistem Trading Anda Gagal?

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Sistem Trading Anda Gagal?

Sistem forex trading yang sebenar ialah memahami banyak perkara asas trading. Kefahaman asas perlulah kuat, untuk membina tapak sistem trading anda. Sistem trading yang terlalu complicated biasanya tidak boleh kekal terlalu lama, kerana mungkin akan ada perkara-perkara fundamental ekonomi yang dapat gagalkan sistem teknikal anda. Keadaan pasaran yang sentiasa berubah dan sistem yang sentiasa berkesan akan kecundang juga kadang-kadang, tetapi kita perlulah bijak mengenalpastinya. Sentiasa berpegang pada sistem lama, sementara mengharapkan angin perubahan dalam trading akan berakhir dengan ujian yang mencabar ke atas kewangan anda.

Jadi apa yang boleh anda lakukan untuk mengenal pasti apa yang tidak kena dengan sistem anda, dan mungkin merubah sedikit supaya ia dapat disesuaikan dengan pasaran dengan lebih lama.

Dengan mengandaikan bahawa anda umumnya tidak berpuas hati dengan sistem anda sekarang, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan. Ia adalah lebih baik untuk mencuba kembali beberapa ujian dan kemudian melakukan perdagangan percubaan sebelum kembali trading ke atas akaun sebenar anda. Cuba di demo dahulu untuk betul-betul fahami sistem anda.

telegram-moshed

# Tukar kepada tempoh masa yang lebih besar:

Trading boleh menjadi begitu tidak menentu dan mematikan sistem anda pada masa yang tidak betul. Pada jangka masa yang lebih besar, seperti ‘daily’ atau ‘4 hours’ mungkin sistem anda boleh bekerja dengan lebih baik. Gunakan ia sebagai panduan yang berikan manfaat.

# Tukar kepada pair mata wang lain:

Jika anda sentiasa berpegang kepada pair yang sama, mungkin kelakuan salah satu mata wang dalam pair telah berubah, manakala yang lain tidak. Beralih kepada ‘cross pair’ boleh menjadi alternatif kepada “graf noise” yang dihasilkan oleh data-data Amerika Syarikat.

# Mengubah parameter Stop Loss / Take Profit:

Ini adalah penambahbaikan kecil yang boleh membuat perbezaan yang besar. Adalah penting untuk menekankan bahawa anda mengambil nisbah normal risk reward dan tidak menambah risiko semasa anda berdagang. Setiap kali test sistem, mesti anda dapat faham dimana perlu letak SL dan TP di tempat yang betul. Kadang-kadang sistem mungkin boleh mengambil profit yang lebih banyak, tetapi anda ambil sikit. Jadi cuba uji sistem anda.

# Buang salah satu indikator:

Terlalu banyak sistem yang menggunakan terlalu banyak indikator. Ini merumitkan trading dan menjadikannya sukar untuk memahami mengapa trade anda berjaya atau gagal. Anda mungkin mempunyai naluri untuk menambah satu lagi indicator teknikal bagi menambah pengesahan tambahan. Seperti yang dinyatakan di atas, ini hanya boleh memburukkan lagi keadaan. Cuba betulkan carta anda dengan mengurangkan satu indikator.

# Mula menguji sistem yang baru:

Adakalanya selepas mencuba untuk membuat penambahbaikan yang diperlukan untuk sistem anda, ia masih tidak berfungsi dan mungkin sudah tiba masanya untuk mendapatkan system yang baru. Tetapi pastikan yang gagal itu ialah sistem, bukan EMOSI anda yang merosakkan sistem ya.

# Lengkapkan kefahaman asas trading:

Mengukuhkan asas forex trading. Setiap sistem trading, perlu mempunyai asas yang kuat. Seperti money management, waktu trading dan perkara-perkara asas trading seperti candlestick pattern, fundamental news, dan lain-lain asas. Kebiasaannya sistem trading akan dibina atas asas ini. Jadi anda perlu pastikan yang asas anda perlu kuat dan betul-betul faham, untuk anda selesa merubah sistem trading anda yang baru.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register