banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Apakah yang terjadi kepada Matawang CHF ?

swiss_national_bank

Switzerland National Bank, SNB mengambil keputusan untuk tidak meneruskan harga siling dengan matawang Euro dan juga telah menurunkan interest rate kepada -0.75%. Ini berikutan matawang Euro yang mengalami krisis telah mengheret sama matawang Swiss Franc untuk lemah berbanding matawang US Dollar. Oleh sebab itu, maka SNB telah mengeluarkan cap yang menjadi harga siling mengikat EURCHF.

Oleh sebab itu, hari ini kita dapat lihat matawang Euro jatuh teruk berbanding matawang Swiss Franc (CHF), begitu juga dengan USDCHF yang telah junam sehingga lebih 3000 pip. EURCHF telah junam lebih dari 4000 pip setelah berita ini diumumkan dan sehingga kini ia kembali ke paras 1.0500, setengah nilai daripada jatuhnya pair ini tadi.

Pada tahun 2011 franc Switzerland dan euro hampir mencapai pariti, iaitu kesamaan 1:1, sebelum bank pusat Switzerland berasa terpaksa campur tangan dan memperkenalkan siling dan menguatkuasakannya dengan mencetak Franc untuk membeli berbilion-bilion euro bernilai bon zon euro.

SNB menurunkan kadar faedah dengan ketara untuk memastikan bahawa pemberhentian kadar pertukaran minimum tidak membawa kepada situasi harga yang tidak sesuai keadaan monetari. (Kiranya SNB nak bagi balance agar harga CHF juga tidak mencapai satu tahap yang terlalu tinggi.)

SNB akan terus mengambil kira situasi kadar pertukaran dalam merumuskan dasar monetari pada masa akan datang . Jika perlu , ia akan kekal aktif dalam pasaran pertukaran asing untuk mempengaruhi keadaan monetari yang bagus.

Nota: Anda boleh mendapatkan analisa fundamental dan berita forex setiap hari di Blog MoshedFX.com ini bagi membantu kefahaman analisa trading anda. Lawati blog ini setiap hari.

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register