banner-mutm-728x90

Share This Post

Artikel Umum

Aplikasi Ini Membantu Untuk Selamatkan Bumi?

Aplikasi Ini Membantu Untuk Selamatkan Bumi?

Satu aplikasi dalam talian telah dicipta bagi membolehkan sesiapa sahaja di UK membeli makanan yang berbaki di restoran dengan harga yang murah.

Aplikasi ini buat kali pertamanya dilancarkan di Denmark dan dikenali sebagai “Too Good To Go” sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan lebihan makanan dari restoran.

Menurut laporan Telegraph, pengguna di sana boleh memilih restoran dan membayar menggunakan aplikasi ini.

telegram-moshed

Harga makanan di dalam aplikasi ini bermula dari £2 atau kira-kira $2.50. Makanan yang paling mahal menggunakan aplikasi ini boleh dipilih daripada restoran kedua terbaik Jepun yang berpusat di UK dengan harga £3.80 atau kira-kira kurang dari $5.00.

Bagi mana-mana individu pemurah, mereka menggunakan kesempatan ini untuk memberi makanan kepada mereka yang memerlukan. Sehingga 15 Ogos lalu, kira-kira 1,100 makanan berjaya didermakan.

Pengasas bersama James Crummie memberitahu bahawa isu lebihan makanan merupakan masalah paling jelik yang terpaksa dialami diseluruh dunia.

Tanpa kita sedari, industri makanan membazirkan lebih daripada 600,000 tan makanan setahun. Sedangkan dalam masa yang sama, UK mencatat lebih 1 juta orang yang kekurangan makanan. Jadi, inisiatif ini diambil bagi menyelesaikan masalah yang sebenarnya saling berkaitan ini.

Too Good To Go membantu dalam mengurangkan makanan yang bakal dibuang sekali gus mengurangkan masalah global yang semakin meruncing.  kira-kira hanya 6 bulan beroperasi, mereka telah berjaya mengurangkan 200,000 tan karbon dioksida dari dilepaskan ke bumi serta membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

Jadi tidak keterlaluan jika kita labelkan aplikasi ini sebagai ‘aplikasi selamatkan bumi’!

Richard Branson kongsikan 3 tips untuk memiliki kekayaan berbillion dollar!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register