Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi

Cerita Arab Saudi Dan Harga Minyak Dunia Yang Semua Trader Perlu Tahu

Cerita Arab Saudi Dan Harga Minyak Dunia Yang Semua Trader Perlu Tahu

Harga minyak jatuh mendadak pada hari Isnin semalam, ia terjejas disebabkan ketidaktentuan dasar minyak Arab Saudi. Kerajaan Arab Saudi telah merombak kabinet dengan menggantikan menteri minyak iaitu Ali al-Naimi selepas lebih 20 tahun perkhidmatannya.

Ali al-Naimi yang terlibat dalam persaingan untuk melindungi bahagian dominasi Arab Saudi dalam jualan minyak global enggan mengurangkan pengeluaran minyak, jadi berlakunya lebihan minyak di pasaran. Ini menyebabkan kejatuhan mendadak dalam harga minyak dan petrol jadi lebih murah di pasaran. Kira-kira 70% sumber pendapatan negara Arab Saudi telah terjejas.

Harga minyak jatuh pada awal tahun 2014, dari harga $100 lebih ketika itu dan sekarang kurang daripada $45 setong.

Oleh itu, Arab Saudi yang merupakan pengeksport terbesar minyak mentah dunia kini telah melancarkan pembaharuan ekonomi utama bertujuan untuk menamatkan kebergantungan negara kepada minyak.

Khalid al-Falih yang merupakan menteri minyak baru mengatakan, Arab Saudi akan mengekalkan dasar petroleum stabil. Dan tetap komited untuk mengekalkan peranan kami dalam pasaran tenaga antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai pembekal yang boleh dipercayai di dunia bagi tenaga.

Ini merupakan harga minyak mentah semasa Ali al-Naimi sebagai menteri minyak Arab Saudi.

crude oilxxx

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!