728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Kisah Pengasas MoshedFX / Tips dan Nasihat

Artikel Dari Pemuda Ini Menerangkan Kenapa Ramai Forex Trader Gagal

Artikel Dari Pemuda Ini Menerangkan Kenapa Ramai Forex Trader Gagal

Apa sahaja jua bisnes, bila kita nak mulakan, kita akan kaji adakah bisnes tersebut sesuai untuk kita. Sama macam forex trading jugak, adakah bidang ini sesuai untuk anda?

Ramai pada tahap ini akan dikelabui oleh duit. Ya, memang diakui yang duit adalah sebab utama untuk anda trade forex. Tetapi forex trading bukanlah sebuah bidang yang sesuai untuk semua jika mata hanya nampak duit.

Anda boleh berusaha. Tetapi kalau anda rasa tak minat mengadap chart forex, tak minat tahu sedikit sebanyak tentang ekonomi, tak minat belajar dan tambah ilmu dalam bidang ini, memang takut anda “down” di tengah jalan.

telegram-moshed

Mata asyik nampak duit. Tetapi adakah anda nampak proses untuk hasilkan duit tersebut?

Hanya “soul” sahaja yang bakal bawa anda lebih jauh dan lebih sabar dalam bidang ini sementara anda dapat berjaya konsisten hasilkan duit.

Cuba tanya diri anda. Adakah anda minat trade forex? Kalau anda rasa terdetik, “minat” dalam bidang ini, maksudnya anda kena kembangkan potensinya.

Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul tak?

Kembangkan minat dan “soul” anda dalam bidang ini. Sebab minat yang mendalam inilah yang akan bagi anda cukup motivasi untuk lalui apa sahaja cabaran sementara nak berjaya.

Ramai yang kecundang ditengah jalan. Kenapa? Tiada minat.

Minat nak duit sahaja, sebab itu ramai yang tak mahu belajar lebih lanjut, tetapi hentam “buy” dan “sell” dengan harapan untuk hasilkan duit.

Selepas “over trade” dan akaun “blow up” berturut-turut, makin lama akan rasa down dan makin malas nak trade. Tak rasa nak berusaha. Kenapa? Kerana tiada “soul” dan mungkin bidang ini tak sesuai untuk anda.

Kalau anda “minat duit” sahaja, jangan lupa, banyak lagi bidang lain juga offer perkara yang sama iaitu duit. Jadi kenapa bazirkan masa dengan forex trading?

Jalan nak buat duit bukan hanya dalam forex, berniaga barang lain macam produk fizikal, juga hasilkan duit. Betul tak?

Jadi renung balik. Jika anda rasa anda memang minat bidang ini, anda masih mempunyai peluang. Sama macam apa yang saya rasa ketika struggle bertahun-tahun dalam bidang ini. Ia akan menghasilkan sesuatu yang berbaloi.

Pada masa yang sama, kita akan sentiasa doubt dengan diri, dan lama-lama baru sedar yang ia perlahan-perlahan menghasilkan sinar. Jadi keep moving forward ok?

Good things, take time!

Teruskan membaca website MoshedFX. Saya akan cuba sharing sebanyak mungkin pengalaman saya dan info terbaik untuk anda berjaya dalam bidang ini.

SHARE artikel ini, kepada orang yang sedang struggle bersama-sama anda untuk berjaya dalam forex trading. Semoga kejayaan milik anda!

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register