728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Artikel Ini Bakal Dedahkan Kaitan Antara Brexit Dan Singapura Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Artikel Ini Bakal Dedahkan Kaitan Antara Brexit Dan Singapura Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!

Singapura mengungguli senarai negara untuk menjadi peneraju hub perdagangan di dunia selepas London.

Negara kepulauan Asia itu tersenarai sebagai salah sebuah bandar global yang terbaik menurut satu kajian yang dijalankan oleh PricewaterhouseCoopers LLP. Bandar itu berpeluang untuk merampas status London mendahului Paris dan Amsterdam jika kebanyakan pelabur menarik diri dari London setelah UK mengambil keputusan untuk meninggalkan Kesatuan Eropah.

Singapura Mengungguli Ranking 10 Teratas. Sumber : Bloomberg

Singapura Mengungguli Ranking 10 Teratas. Sumber : Bloomberg

telegram-moshed

Kelebihan negara terbabit yang memiliki teknologi yang canggih, cukai yang rendah serta pengangkutan dan infrastruktur yang maju meletakkan Singapura di tanga kedua dalam kajian tersebut.

Tidak seperti kebanyakan kajian lain, kajian itu meletakkan ranking berdasarkan daya saing dari segi kesihatan sosial dan ekonomi mereka. Selain itu, kajian itu mengambil kira kemudahan untuk menjalankan perniagaan, demografi penduduk serta kesediaan teknologi.

Dalam masa yang sama, kebanyakan negara tewas dengan Singapura dari segi perlaksanaan cukai korporat. Negara itu hanya mengenakan 17% cukai berbanding 30% di Perancis, 35% di Amerika Syarikat dan purata 22.8% bagi 35 anggota Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan.

Selain itu, menurut PwC lagi, analisis daripada jumlah kadar cukai korporat, cukai peribadi, dan kecekapan cukai menunjukkan bahawa Singapura serta Hong Kong dan Dubai hanya mengenakan cukai yang rendah secara keseluruhannya.

Pertumbuhan Kewangan Sinagpura. Sumber : Bloomberg

Pertumbuhan Kewangan Sinagpura. Sumber : Bloomberg

 

Konsisten Dalam Forex Trading Bukanlah Susah Jika Anda Faham Tips Ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register