728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Artikel Umum

Artikel Ini Ditulis Khusus Buat Mereka yang Inginkan Perubahan dalam Hidup!

Artikel Ini Ditulis Khusus Buat Mereka yang Inginkan Perubahan dalam Hidup!

Menyambung penulisan mengenai pemuda bernama Aiithipat sebelum ini, ‘turning point’ ini yang membuat beliau bangkit!

Dulu, jutawan muda ini gemar ponteng sekolah dan bermain permainan video. Walaupun perniagaan keluarganya dilanda krisis ekonomi pada tahun 1997, beliau masih mampu menampung keperluan dirinya dengan jualan permainan secara online. Akibat tidak mampu menanggung bebanan hutang, perniagaan keluarganya menjadi semakin teruk dan diisytiharkan muflis pada tahun 2002. Ibunya menangis kerana dikejar pemiutang pulang ke rumah. Dari situ pemuda ini mula belajar sesuatu.

Beliau berhenti sekolah dan mula terjun ke dalam bidang keusahawanan. Sebagai permulaan, beliau cuba-cuba menjual chestnut. Dalam jangka masa hanya setahun setengah, beliau berjaya membuka 30 cawangan chestnut di pasaraya terbesar, Tesco dan Big C. Namun kegembiraannya tidak kekal lama apabila Ketua Pegawai Eksekutif Tesco yang baru dilantik mengarahkan Aitthipat menutup kesemua kedainya kerana kesan bau chestnut di dalam pasaraya terbabit.

telegram-moshed

Langkah untuk menggoreng chestnut di luar pasaraya juga gagal kerana rasanya tidak sama seperti chestnut yang baru digoreng.

Kemudian, beliau mula menjual kepingan rumpai laut kerana permintaan makanan itu agak ‘hot’ di Thailand. Beliau memasarkan jenama TaoKaeNoi di seluruh rangkaian 7-Eleven apabila permintaan terhadap jenama itu semakin meningkat.

Nama ‘TaoKaeNoi’ sebenarnya diambil dari gurauan bapanya yang membawa maksud ‘Big Boss’ dalam bahasa Thailand! Kisah kejayaan pemuda ini turut difilemkan dalam filem bertajuk “Top Secret of Young Billionnaire” dan terus menjadi inspirasi diseluruh dunia.

Top Secret of Young Billionnaire

Top Secret of Young Billionnaire

Jadi benarlah, gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan?

“Perniagaan adalah seperti bermain permainan video, kita perlu menyelesaikan setiap level untuk mara kehadapan dan menjadi pemenang.” – Aitthipat Kulapongvanich

Terasa? Nah lagi artikel yang bakal buat anda lagi tak senang duduk dipautan ini

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register