728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Artikel Ini Mempunyai Penjelasan Mengapa BoE Mengurangkan Kadar Kepada 0.25%

Artikel Ini Mempunyai Penjelasan Mengapa BoE Mengurangkan Kadar Kepada 0.25%

Bacaan nilai kewangan bagi isi rumah ialah indicator utama yang menjelaskan mengapa Bank of England terpaksa mengurangkan kadar faedah ke paras terendah iaitu 0.25% pada bulan ini.

Indeks Kewangan Isi Rumah Markit bagi bulan Ogos mencatatkan bacaan tertinggi dalam tempoh 4 bulan kepada 44.9.

Indeks ini sebenarnya mengukur isi rumah yang berhutang dan membelanjakan duit. Lagi tinggi bacaan indeks ini, makin tinggi keyakinan individu terhadap ekonomi.

telegram-moshed

Jadi, pada dasarnya, pengurangan dari BoE perlu bagi mengekalkan nilai ke paras yang stabil.

Menurut Markit dalam laporannya, walaupun bacaan indeks ini masih berada di bawah 50.0, angka ini memberi petunjuk kemerosotan keseluruhan dalam kalangan isi rumah. Bacaan terkini ini merupakan bacaan tertinggi dalam tempoh 4 bulan.

Kaitannya amat mudah. Apabila kebanyakan individu bimbang tentang keadaan kewangan mereka, mereka akan berhenti berbelanja. Jadi, ini memberikan isyarat masalah yang serius untuk ekonomi.

Capture- Household finance 18.08Pada bulan Mei, indeks isi rumah mencecah paras terendah dalam tempoh hampir dua tahun. Pun begitu, pada bulan Julai, terdapat kejatuhan curam ke nilai 43.9. Ini bermakna individu kurang yakin dan untuk berbelanja.

Kadar faedah yang rendah adalah bertujuan untuk meningkatkan kewangan isi rumah. Perkara ini amat bagus untuk orang yang berhutang kerana mereka mengekalkan kos pinjaman pada tahap yang rendah.

Benarkah emas boleh bertukar menjadi makanan? 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register