728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Artikel Ini Sangat Membantu Anda Untuk Trade Minggu Ini!

Artikel Ini Sangat Membantu Anda Untuk Trade Minggu Ini!

 

Laporan Jualan Runcit US Bagi Ogos

Jabatan Perdagangan akan mengumumkan data jualan runcit Ogos pada khamis, 8:30 malam. Jangkaan laporan menunjukkan akan berlaku kenaikan sebanyak 0.4% selepas mendatar pada bulan Julai. Jualan asas dijangkan naik sebanyak 0.3% selepas jatuh 0.3% pada bulan sebelum ini.

Kenaikan jualan runcit berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin kuat manakala sebaliknya berlaku jika jualan runcit jatuh. Perbelanjaan konsumer adalah 70% bagi pertumbuhan ekonomi US.

Selain laporan jualan runcit, aka nada juga data inflasi harga bagi konsumer dan pengeluar, sentiment konsumer, pengeluaran industri dan juga kaji selidik terhadap keadaan pembuatan di Philadelphia dan New York.

Keputusan Rate Bank Of England (BoE)

BoE akan mengeluarkan keputusan bagi rate dan minit mesyuarat untuk mesyuarat Monetary Policy Committee pada khamis, 7:00 malam.

Menurut penganalisa pasaran, mereka menjangkakan BoE akan kekal dengan polisi walaupun data-data pada minggu sebelum menunjukkan tanda-tanda kemerosotan akan reda.

Menurut pakar ekonomi Reuters pula, mereka berpendapat bank pusat British akan menunggu sehingga mesyuarat pada November sebelum memotong 15 basis poin dari penanda aras interest rate.

Selain itu, Pejabat Statistik Nasional UK akan mengeluarkan data berkenaan inflasi harga konsumer Ogos pada khamis ini. Sementara itu, laporan pekerjaan bulanan akan dikeluarkan pada Rabu ini manakala data jualan runcit dijangka keluar pada hari khamis.

Pemotongan interest rate oleh BoE kepada 0.25% pada mesyuarat Ogos disamping melancarkan pelonggaran baru adalah disebabkan mereka mahu menjadikan ia sebagai penghalang dari ekonomi menurun selepas keputusan Brexit yang lalu.

Kaji Selidik German ZEW

Institusi ZEW akan menerbitkan indeks German Business Climate bagi September pada selasa, 5:00 petang. Jangkaan akan terdapat kenaikan indeks semasa dari 56.0 ke 57.6.

Data Pembuatan Industri China

Biro Nasional Statistik China akan mengeluarkan data pembuatan industri Ogos pada Selasa, 10:00 pagi. Penganalisis pasaran menjangkakan pengeluaran kilang naik sebanyak 6.1% dari bulan lepas selepas berlaku kenaikan 6.0% pada Julai.

Pada masa yang sama, China akan mengumumkan data pelaburan aset tetap dan laporan jualan runcit juga.

Penilaian Polisi SNB

Penilaian polisi suku tahun Bank Nasional Swiss akan keluar pada Khamis, 3:30 petang. Kebanyakan pakar ekonomi menjangkakan penanda aras interest rate bank pusat akan kekal tidak berubah pda -0.75% walaupun terdapat peningkatan dari segi ekonomi dan juga kritikan terhadap rate yang negative.

Mengikut Reuters, SNB akan mengekalkan keputusan terhadap intervensi matawang luar bagi mengurangkan permintaan terhadap franc.

Kami sediakan kalendar lengkap yang diambil daripada Forex Factory.

screen-shot-2016-09-11-at-10-10-10-pm

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register