banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Artikel Ini Untuk Anda Yang Masih Tidak Faham Kesan Perubahan Dasar Terhadap Forex Trading

Artikel Ini Untuk Anda Yang Masih Tidak Faham Kesan Perubahan Dasar Terhadap Forex Trading

Mungkin ada diantara kita yang sudah lama menjadi forex trader, tapi masih tak tahu apa itu dasar monetari.

Kerajaan atau bank pusat sesebuah negara sememangnya berkuasa penuh ke atas penetapan dasar kewangan bagi menjamin kestabilan ekonomi negara.

Bank pusat dan dasar monetari adalah sesuatu yang perlu bergerak seiring bagai isi dengan kulit.

telegram-moshed

Jika diteliti dengan lebih mendalam, matlamat dasar kewangan ini hampir sama antara satu bank pusat dengan bank pusat yang lain, namun kesemua bank pusat di dunia mempunyai dasar dan penilaian mereka yang tersendiri.

Tetapi, apa yang lebih penting, apakah matlamat di sebalik dasar monetari?

Dasar ini sebenarnya digunakan untuk menetapkan kadar inflasi, interest rate, suntikan wang ke dalam ekonomi serta pelbagai tujuan lain lagi bagi menstabilkan ekonomi. Pun begitu, pelarasan mahupun perubahan kadar hanya dibuat dalam skala kecil agar ekonomi tidak bergerak dengan terlalu drastik.

Itulah sebab pasaran biasanya akan melihat perubahan sebanyak 25 hingga 50 mata asas sahaja bagi satu-satu kenaikan. Kesan perubahan dasar hanya akan dilihat satu hingga dua tahun untuk penilaian dengan terperinci sama ada dasar yang digunakan sesuai atau pun sebaliknya.

Pengukuhan dasar ini akan secara tidak langsung menambah kekuatan matawang.

Jadi dengan penjelasan ini, anda akan lebih faham mengenai impak dasar monetari kepada ekonomi dan boleh trade dengan senang hati!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register