banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Artikel Ini Untuk Anda Yang Terlepas Mendapatkan Isi Penting Mesyuarat Fed Pagi Tadi!

Artikel Ini Untuk Anda Yang Terlepas Mendapatkan Isi Penting Mesyuarat Fed Pagi Tadi!

Memetik keputusan minit mesyuarat dasar Fed yang dikeluarkan pada hari Rabu, beberapa ahli Fed yang turut mengundi berpendapat bahawa kadar akan dinaikkan ‘tidak lama lagi’ memandangkan ekonomi AS kekal kukuh.

Pun begitu, mereka kekal bimbang terhadap hala tuju inflasi pada masa akan datang tidak menepati sasaran 2% seperti yang diaharapkan.

Beberapa ahli Fed mengatakan bahawa ini adalah masa terbaik untuk peningkatan kadar jika ekonomi terus berkembang seperti yang dirancang.

Seramai 17 penggubal dasar telah mengambil bahagian dalam pertemuan tersebut, dengan 10 orang sebagai penggundi.

Dalam mesyuarat terbabit juga, mereka membincangkan tahap pekembangan pasaran buruh yang optimum sebelum membenarkan sebarang kenaikan kadar.

Ada diantara mereka percaya bahawa keadaan pasaran buruh sekarang adalah masa yang terbaik untuk menaikkan kadar. Jika Fed menunggu terlalu lama, mereka bimbang bahawa kadar inflasi akan meningkat terlalu mendadak.

Dalam masa yang sama, saham AS dilaporkan meningkat sedikit setelah pengumuman ini dibuat.

Menurut pakar ekonomi di Pantheon Macroeconomics, Shepherdson mengatakan bahawa ahli Fed memerlukan lebih banyak data bagi memutuskan keputusan yang dianggap besar ini. Belaiu juga berpendapat bahawa masa terbaik bagi melihat perkembangan data ini adalah pada bulan Disember.

Pengerusi Fed, Jannet Yellen juga kekal dengan pendapat beliau bahawa pasaran buruh dan inflasi harus kekal kukuh sebelum melonjakkan kadar sekali lagi pada tahun ini.

Jannet Yellen juga dijadualkan akan berucap di Boston pada hujung minggu ini bagi isyarat yang lebih jelas mengenai isu ini.

Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register