Share This Post

Artikel Umum

Asas Polisi Fiskal dan Kesannya Kepada Ekonomi yang Anda Perlu Tahu

Asas Polisi Fiskal dan Kesannya Kepada Ekonomi yang Anda Perlu Tahu

Apa itu polisi fiskal? Polisi fiskal ialah perbelanjaan kerajaan seperti bajet kerajaan Malaysia yang dibentangkan setiap tahun yang bertujuan untuk mempengaruhi keadaan ekonomi sesebuah negara.

Dengan menggunakan polisi fiskal, pihak berautoriti akan cuba untuk memperbaiki kadar pengangguran, mengawal inflasi, menstabilkan kitaran perniagaan dan mempengaruhi kadar faedah. Segala usaha ini adalah bertujuan untuk mengawal ekonomi atau meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

Polisi fiskal diperkenalkan tokoh ekonomi yang tidak asing lagi di kalangan pelabur-pelabur dan penganalisis ekonomi, iaitu John Meynard Keynes (1883-1946). Beliau mempercayai kerajaan boleh mengubah keadaan ekonomi dengan menyelaraskan kadar cukai dan perbelanjaan kerajaan. Falsafah yang diketengahkan beliau terkenal sebagai ‘Keynesian Economics‘.

telegram-moshed

Bagaimana Polisi Fiskal digunakan?

Untuk menerangkan dengan lebih jelas tentang polisi fiskal, kita akan melihat kesan polisi ini kepada ekonomi yang sedang berada dalam kemelesetan. Kemelesetan ekonomi ialah keadaan sesebuah negara yang mempunyai pertumbuhan ekonomi rendah dan kadar pengangguran yang tinggi.

Dalam keadaan sebegini, kerajaan boleh menurunkan kadar cukai untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi. Jika rakyat membayar cukai yang lebih rendah, mereka mempunyai lebih wang untuk dibelanjakan atau dilaburkan.

Oleh itu, akan meningkatkan perbelanjaan pengguna dan pelaburan yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi. Selalunya sesebuah kerajaan tidak akan membiarkan perbelanjaan yang sangat tinggi dalam ekonomi kerana kesan yang boelh meningkatkan kadar inflasi yang tidak terkawal.

Selain itu, dalam usaha untuk meningkatkan semula ekonomi, kerajaan juga boleh meningkatkan perbelanjaannya bagi meningkatkan pembangunan infrastruktur seperti hospital, lebuhraya, university dan sebagainya.

Pembangunan infrastruktur akan memberikan tambahan pekerjaan yang lebih banyak dalam ekonomi dan mengurangkan pengangguran. Ada juga penganalisis ekonomi berpendapat segala perbelanjaan yang digunakan oleh kerajaan didapati melalui pungutan cukai. Pungutan cukai ini pula  berasal dari aktiviti produktif dalam sektor swasta.

Pun begitu, salah satu masalah dalam polisi fiskal ialah, ia selalunya tidak disalurkan secara sama-rata kepada rakyat di sesebuah negara. Manakala pengurangan cukai tidak dapat dikenakan kepada kesemua tahap kelas pendapatan yang akan menyebabkan kurang keberkesanan kepada polisi ini.

Polisi fiskal dan monetari adalah dua alat utama yang membantu sesebuah kerajaan memandu pertumbuhan ekonomi yang kukuh dan berdaya tahan jika digunakan dengan efektif. Pihak yang berautoriti di sesebuah negara menggunakan kedua-dua polisi ini untuk merancakkan semula ekonomi yang perlahan dan mengekalkan ekonomi yang kukuh.

 

Asas Polisi Monetari yang Anda Perlu Tahu

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register