Share This Post

Artikel Umum

Asas Polisi Monetari yang Anda Perlu Tahu

Asas Polisi Monetari yang Anda Perlu Tahu

Apa itu polisi monetari? Polisi monetary adalah tindakan bank pusat yang menetapkan saiz dan pertumbuhan penawaran wang yang akan memberi kesan kepada kadar faedah. Polisi monetary digunakan dengan mengubah kadar faedah, membeli atau menjual bon kerajaan dan penetapan amaun wang yang perlu disimpan oleh bank sebagai simpanan.

Contoh bank pusat yang mengawal polisi monetari ialah Bank Negara Malaysia dan The Federal Reserve (Rizab Persekutuan) di US ataupun selalu disebut sebagai The Fed.

Ada dua jenis polisi monetari iaitu pengembangan (expansionary) dan penguncupan (contractionary). Pengembangan polisi monetari meningkatkan penawaran wang atau jumlah wang yang ada di dalam ekonomi untuk menurunkan pengangguran, merancakkan pinjaman sektor swasta dan perbelanjaan pengguna untuk menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Manakala penguncupan polisi monetari akan mengurangkan pertumbuhan penawaran wang atau jumlah wang di dalam ekonomi bagi mengawal inflasi. Kerana dalam keadaan ekonomi yang meningkat dengan cepat mempunyai risiko meningkatnya inflasi yang tidak terkawal. Maknanya di sini walaupun pertumbuhan ekonomi naik begitu cepat, harga barang juga boleh meningkat ke paras yang tinggi.

Oleh itu, bank pusat akan mengurangkan jumlah wang di dalam ekonomi menggunakan contractionary monetary policy ini untuk menstabilkan semula ekonomi ke tahap optimum. Contohnya yang berlaku kepada US pada tahun 1980 yang mana inflasi meningkat ke paras 15% dan apa yang dilakukan oleh The Fed ialah menaikkan kadar faedahnya (Fed Fund Rate) ke paras 20%. Usaha ini menyebabkan US mengalami kemelesetan tetapi dapat menurunkan semula kadar inflasi.

Ini adalah satu usaha The Federal Reserve untuk menstabilkan semula ekonomi US. Selalunya apabila ekonomi meningkat terlalu tinggi akan menyebabkan inflasi turut meningkat. Inilah yang dilakukan oleh bank pusat US dengan menaikkan kadar faedahnya bagi mengurangkan semula aktiviti dalam ekonomi yang menyebabkan kadar inflasi turun semula.

Bank Negara Malaysia pada Julai lepas menurunkan kadar faedahnya yang dikenali sebagai kadar OPR (Overnight Policy Rate) dari 3.25% kepada 3.00%. Ini adalah contoh pengembangan polisi monetari untuk merancakkan semula ekonomi berikutan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin rendah disebabkan permintaan global yang semakin berkurangan terutamanya dari rakan dagang utama Malaysia.

 

Inilah Yang Dilakukan Oleh Bank Pusat Untuk Mengawal Polisi Monetari

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!