banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Dikejutkan dengan Gap pagi ini, ada yang hold position minggu lepas?

Dikejutkan dengan Gap pagi ini, ada yang hold position minggu lepas?

Baru sahaja bercerita tentang volatility market yang tinggi semalam di pos ini, dan hari ini hampir semua pair telah buat kejutan pada pagi ini dan pair tumpuan iaitu GBP/USD melompat naik lebih kurang 105 pips menandakan GBP tengah menguat.

Apa yang berlaku?

Telah diadakan telephone poll pertama sejak Jo Cox ditembak mati. Telephone poll ini melibatkan 1,001 dewasa.

telegram-moshed

Keputusan yang diumumkan adalah :

UK Kekal – 45%

UK Keluar – 42%

Keputusan ini merupakan antara yang pertama menunjukkan majoriti berpihak kepada Pro-Kekal, sebelum ini 2 3 poll majoriti berpihak kepada Pro-Keluar.

Sumber : Reuters

David Cameron, Perdana Menteri England dalam debat umumnya pada sabtu lalu menegaskan jika UK keluar daripada EU, sudah tidak boleh toleh ke belakang lagi dan UK akan bersendirian menghadapi kegawatan ekonomi yang berlaku.

Dan David juga memberitahu mereka yang tidak pasti mahu keluar atau mahu kekal supaya undi untuk kekal, elakkan risiko ekonomi.

Manakala Michael Gove, ketua Pro-Keluar pula yakin bahawa UK tidak akan mengalami kegawatan ekonomi, sebaliknya mampu untuk berdiri kuat tanpa EU. Katanya UK kuat bersendiri.

Poll yang dijalankan ini jelas dan nyata merupakan mainan spekulator. Jadi kita sebagai retail trader, berhati-hati dalam trade kita minggu ini.

Hampir semua currency pair dibuka dengan gap yang besar termasuk emas. Jadi kita boleh nampak ketidakstabilan market bakal berlaku terhadap ekonomi dunia.

Semua sektor ekonomi seperti Forex, Komoditi, Saham akan terkena tempias daripada apa saja news yang mengejutkan sambil menanti hari referendum UK.

Dan ingat! Selepas hari referendum, ketidakstabilan market lagi tinggi. Mungkin akan berlaku sell-off besar-besaran tidak kira UK keluar atau kekal.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register