728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 April 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7633 ke setinggi $0.7722, sebelum menutup sekitar paras $0.7655; setelah jualan besar-besaran terhadap dolar AS ekoran trader yang menurunkan unjuran kenaikan kadar untuk 2016,” menurut Stephen Innes, trader kanan di Oanda Asia Pasifik.

“Saya mengharapkan untuk melihat kelemahan Dollar Amerika Syarikat pada masa yang akan datang, selepas Feds meninggalkan semua pintu terbuka kepada Dollar AS yang lebih lemah,” kata Innes dalam satu nota. Dalam pada itu, ekonomi China telah menunjukkan tanda-tanda awal penstabilan. Keuntungan sektor industri China memecahkan kerugian tujuh bulan untuk mendaki dalam tempoh Januari-Februari, manakala inflasi pengguna naik paling cepat sejak pertengahan 2014 pada Februari lepas.

telegram-moshed

Tolok rasmi sektor perkilangan mungkin akan meningkat daripada tahap paling lemah sejak 2009 pada bulan Mac, menurut ramalan median dalam kajian Bloomberg. Dollar Australia berada pada landasan untuk mencecah 80 sen AS, tetapi ia tidak mempunyai sokongan asas untuk menolak lebih tinggi dari sana, menurut para strategis.

Pengurangan jangkaan kenaikan kadar di Amerika Syarikat adalah salah satu sebab, Commonwealth Bank of Australia menaik taraf ramalan bagi Aussie minggu ini. Dengan hanya sedikit data di pasaran domestik, Joseph Capurso, strategis matawang di CBA, menunjukkan bahawa satu siri siaran data AS – termasuk NFP – mungkin akan menjadi tumpuan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register